Monday 16 May 2011

kelate maju ke final piala FA



perlawanan yang dijangkakan sengit berlangsung dengan suasana hambar di kota bharu, selangor seakan akan merelakan kelantan melangkah ke pentas final piala fa untuk kali ke dua dalam tempoh tiga tahun.

bersesak masuk ke dalam stadium sultan muhammad ke-IV bersama sama puluhan ribu penyokong tegar kelantan, tercetus semangat dan aura ingin melihat permainan yang cantik dari kedua dua belah pihak, namun HAMPA....

kedua dua pasukan di lihat seakan akan tiada semangat untuk memberi kepuasan kepada penyokong yang sanggup datang beratus kilometer ke kota bharu. bagi rakan penyokong yang lain, sekiranya tidak setuju dengan entry ini, saya sedikitpon tidak ralat. kerana ini adalah pendapat saya sendiri melalui pemerhatian ketika dalam stadium.

saya masih lagi tidak dapat menerima keputusan kekalahan memalukan pasukan selangor di shah alam, dan di tambah lagi dengan keputusan seri pada malam tadi....

kelantan mempunyai banyak peluang untuk menjaringkan gol, namun di sia siakan oleh penyerang muda berbakat, ramzul zahini a.k.a rojo , sekurang kurangnya tida kali percubaan beliau tersasar .. begitu juga dengan chanturu..

namun, stadium keramat kebanggaan seluruh penduduk kelantan akhirnya bergema dengan laungan GOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOALLLLL hasil tendangan bebas dari jarak 3o meter (lebih kurang, takdop maso n tali tape nok gi ukur) SHAKIR yang menewaskan penjaga gol selangor yang terselindung oleh barisan pemain selangor sendiri.

corak permainan yang amat berbeza dengan apa yang dilihat ketika perlawanan di shah alam.. pemain kelantan rata rata terlalu mengharapkan seorang lagi bakal pemain malaysia, izuan solahudin untuk membuat gerakan, di samping khalid jamlus yang bermain dengan cemerlang malam ini, walaupon sedikit slow dalam mengejar bola, beliau mempamerkan peningkatan berbanding perlawanan lepas lepas..

di barisan pemain selangot, amri yahya kerap berada dalam kedudukan offside, entah apa yang dilakukan oleh beliau, seringkali terperangkap dalam kedudukan tersebut,, nak kata player kelantan cemerlang,. seringkali juga pertahanan dikucar kacirkan oleh kecik.. tok pade nga kecik, ingat harimau muda jah ado kecik, selangor pon ado jugok.. hehehe

sehinggalah jaringan oleh pemain bernombor 9, maah la tok ingat namo.. malah nok search google.. ingat nombor mujur.. jaringan tersebut membuatkan penyokong kelantan terus menjadi penonton.. at least geng ULTRASEL buleh tengok apek bolos depe mato.. sebab mereka berada di belake goal sebelah Ultras Kelate.. buleh la wak modal kelik selangor..


semangat ULTRASEL ni keno ikut.. walaupon minoriti, tetap berchanting n bergendang di zon selamat mereka.. walaupon dok napok keno juoh ko penyokong kelate.. mace team penyokong arema, sanggup terbang ko jepun time lawe cerezo osaka.

apa pon, sekalung tahniah kepada shakir shaari kerana dipilih selaku pemain terbaik perlawanan.. k rajagobal perlu memilih beliau bermain untuk skuad senior haraimau malaya... super coolest player dale pasukan kelantan..

tahniah untuk kelate dan terima kasih kepada selangor ..

finale di sah alam, 11 june 2011,

1 comments:

ada otak said...

arap taun ni bulih ko sek kito plak..pelue taun ni lagi cerOh dari 2009..insyaALLAH..

Post a Comment