Friday 13 May 2011

Maruah RED GIANT di kaki RED WARRIORS




perlawanan separuh akhir pertama piala fa antara RED GIANT dan RED WARRIORS agak memeranjatkan dengan perlawanan ditamatkan berkesudahan 1 - 5 memihak kepada RED WARRIORS.



Dengan jumlah jaringan yang tidak masuk akal, perlawanan yang diharapkan lebih seimbang kerana kedua dua pasukan bukanlah nama kecil di arena bola sepak negara ketika ini.

sebelum pergi jauh, saya suka mengkopi pes kata-kata K. Devan dalam KOSMO

Apabila kita tewas kedua-dua pertemuan dengan Kelantan musim ini, ia memberi suntikan motivasi kepada para pemain supaya kita tidak terus kecundang lagi.

"Sebelum masuk padang, saya mahu para pemain tenang dan bersedia untuk berjuang tanpa keresahan. Ini aksi separuh akhir dan kejohanan yang berbeza," kata Devan ketika ditemui Kosmo! di Padang SUK, Shah Alam petang semalam.

Hanya dua pemain masih cedera iaitu Khairul Anuar Baharum dan Razman Roslan, manakala Hardi Jaafar tidak turun menjalani latihan terakhir itu.

Begitupun, Devan mengakui bahawa pasukan yang beraksi di laman sendiri terlebih dahulu tidak mendapat kelebihan berbanding pasukan yang beraksi di laman sendiri pada aksi kedua.

"Memang tiada kelebihan buat kita. Tetapi kita sendiri yang boleh wujudkan kelebihan dengan berusaha mencatat satu keputusan baik pada perlawanan pertama ini dan mendapat bekalan selesa untuk perlawanan kedua," jelasnya.


perlu diingat, kita tidak mahu perlawanan malam tadi di cemari perkara yang tidak sedap di dengar.. kerana desas desus mengatakan bahawa liga super malaysia pon telah dicemari dengan unsur unsur rasuah.. bookie di sana sini.. ini turut di akui sendiri oleh SPRM malahan PDRM pon meminta bantuan FIFA untuk menyiasat skandal yang melibatkan MALAYSIA..


0 comments:

Post a Comment