Saturday 21 May 2011

KAFA mengorak langkah awal menghadapi 2012............



dengan saingan liga masih berbaki 7 perlawanan, dan belum pon kempen piala fa tamat... KAFA sudah memulakan langkah mencari pemain 'import' untuk kempen musim 2012...

seakan akan telah menyedari mereka akan mengecap kejayaan selaku juara piala fa ataupon juara liga 2011.. melalui usaha tan sri presiden , beberapa nama besar luar negara dan tempatan sudah di senarai pendek oleh pihak KAFA..

dan sebagaimana di maklumkan oleh tan sri presiden melalui ruangan facebooknya, hanya 18 pemain kelantan musim ini akan kekal beraksi di kelantan untuk menghadapi musim 2012 yang di jangka lebih mencabar..

namun sekiranya pemain paling bernilai musim 2010 , nor shahrul idlan talaha a.k.a mat yo dan pemain muda paling berbakat 2010 , Khairul fahmi che mat a.k.a apek memilih untuk beraksi di liga luar negara.. kelantan mungkin menghadapi tugas getir untuk mencari penyerang dan penjaga gawang yang berkaliber..

di khabarkan juga, bekas pemain kelantan yang berhijrah ke pasukan t-team, nor farhan akan kembali menyarung jersy kelantan untuk musim 2012.

dengan beberapa pemain di jangka di lepaskan, beberapa nama seperti wan rohaimi dan khairan eroza mungkin perlu bekerja keras untuk mempastikan mereka kekal di dalam skuad untuk musim hadapan.. begitu juga dengan pemain muda berbakat, zul yusri dan nizab ayub.. persembahan yang tidak konsisten dipamerkan amat memudahkan nama mereka digugurkann.

beberapa nama dari skuad presiden telah di senarai pendek oleh zahasmi untuk diserapkan ke dalam skuad utama , yang nyata, izuan solahudin sudah boleh menarik nafas lega dan menikmati gaji penuh selaku pemain utama untuk skuad liga super musim depan..

sekiranya berpeluang untuk mengecap kejuaraan piala FA, seharusnya kelantan layak bercita cita besar untuk beraksi dlam kejohanan AFC dan seharusnya KAFA memperkasakan pasukan mereka seawal mungkin..

semoga tiket percuma untuk beraksi di kejohanan tersebut dapat di gengam oleh pasukan kelantan dengan menjuarai piala FA..............



0 comments:

Post a Comment