Tuesday 10 May 2011

pemain buat taik, pengadil jadi mangsa



sebagaimana sedia maklum, perlawana liga super antara Negeri Sembilan menentang Kelantan penuh dengan kontroversi terutamanya melibatkan beberapa keputusan yang meragukan dari pegawai perlawanan 2 dan pegawai perlawanan 3.

namun demikian, situasi sebegini tidak seharusnya terjadi dalam negara menuju era bola sepak profesional. lupakan sekejap insiden yang menyebabkan ke'seri'an tersebut boleh berlaku. Kita kembali semula kepada antara penyebab utama kelantan nyaris di aibkan semalam.

sampai kan Tan Sri Annuar Musa melalui Facebooknya pon mengeluarkan statement sebegini:

'' Dalam Sukan kalah kita mesti terima TAPI kalau di nafikan kemenangan itu SESUATU YANG MENYAKITKAN....sangat MENYAKITKAN .....''

walau apa pon, kesilapan pengadil tidak seharusnya di jadikan isu di sini.. kelantan seharusnya mempersalahkan barisan pemain-pemain yang diturunkan semalam, rata - rata pemain tidak beraksi sebagaimana semasa perlawanan menentang Kedah di kota bharu.

ramai sedia maklum, kapten kelantan badri radzi atau lebih dikenali dengan gelaran piya masih dibuai mimpi indah dengan jaringan hatrik ketika menentang perlis..

kredibiliti matyo sebagai pemain paling bernilai musim 2010 dan selaku penjaring terbanyak liga setakat hari ini turut dipertikaikan.

dan selebihnya, rata rata pemain kelantan tidak bermain dengan tahap 100% cemerlang..

atau mungkin mereka menyimpan tenaga untuk bermain dalam kempen piala Fa jumaat ini menentang selangor..

apa pon, di harap pasukan kelantan kembali bangkit mempamerkan mutu permainan yang diharapkan oleh jutaan peminat dan penyokong.









0 comments:

Post a Comment