Thursday 12 May 2011

MB Negeri 9 yang angkuh

hahahahahaha.. provokasi melampau.. provokasi kepala hotak dia.. dah la lokasi tu jauh duduknya ngan penyokong kelantan.. boleh MB N9 ni kata provokasi melampau.. kah kah kah

dulu, presiden bola negeri sembilan ni la yang kuarkan statement "buang masa dia je datang tengok bola, asik kalah jer".. wkakakakka


"penyokong negeri sembilan bersikap tenang sehinggalah di provok"
kah kah kah.. sah sah dia ni tak tengok pasal keluar awal..


nah.. baca karangan oleh wartawan utusan meloya ni :


Provokasi jadi punca

REMBAU - Tindakan penyokong Kelantan mencetuskan provokasi melampau dipercayai mendorong penyokong Negeri Sembilan membakar bendera pasukan negeri pasukan pantai Timur itu pada perlawanan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, Selasa lalu.

Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS), Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, beliau yang berada di stadium menyaksikan perlawanan tersebut mendapati penyokong pasukan tuan rumah bersikap tenang, sama seperti ketika menyaksikan perlawanan-perlawanan sebelum ini.

Mohamad yang juga Menteri Besar berkata, beliau tidak menyebelahi penyokong Negeri Sembilan, tetapi percaya penyokong pasukan itu diasak dengan provokasi yang melampau sehingga melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya.

"Saya tak nampak insiden itu walaupun saya ada di stadium tetapi saya keluar selepas keadaan terlampau tegang.

"Penonton Kelantan tidak dapat menerima hakikat bahawa gol yang dijaringkan pada saat-saat akhir tidak disahkan pengadil, jadi ketegangan yang melampau berlaku.

"Saya nampak penonton Negeri Sembilan, mereka duduk tenang sahaja, boleh jadi disebabkan provokasi melampau ketika itu menyebabkan ada yang bertindak sepatutnya," katanya kepada para pemberita di sini, semalam.

Tegas Mohamad, perbuatan membakar bendera tidak sepatutnya berlaku kerana ia adalah lambang kedaulatan negeri masing-masing, walau dalam marah sekalipun.

Namun, katanya jika insiden membakar bendera mahu dibangkitkan, punca yang mendorong perbuatan itu berlaku juga perlu dilihat.

"Selama ini para penyokong Negeri Sembilan tidak pernah menimbulkan sebarang kekacauan dalam sebarang perlawanan walaupun mereka sering dihina dan dicederakan tetapi tidak pula dilaporkan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

"Setiap perbuatan itu lazimnya ada tindak balas, jadi kalau nak supaya jangan bendera kita dibakar, jangan pula membakar semangat orang.

"Kita perlu sama-sama menjadi penonton yang mempunyai budaya dan jati diri yg tinggi.

"Yang penting kita nak menonton permainan bola sepak, janganlah tak boleh terima kekalahan atau pun mesti nak menang sahaja.

"Jika begitu, lebih baik kita bermain sendirian, tak payah lawan dengan pasukan lain," ujarnya.


kah kah kah.. dah la dia keluar awal.. tak nampak.. boleh dia kata provokasi melampau.. kah kah kah.. lawak lawak lawak..

statement nak lepaskan diri tu..

apa salahnya mintak maaf jer bagi pihak penyokong yang bebal tu..

lagi nak menegakkan benang yang basah buat apa..

apa kejadahnya penyokong negeri sembilan bawa bendera kelantan kalau takde niat buat jahat..


sejahat - jahat penyokong kelantan, mereka tidak pernah membakar bendera negeri orang mahupun negeri sendiri.. bakar kerusi n trak polis ada laa.. tu pon bersebab..


0 comments:

Post a Comment