Sunday 29 May 2011

pengadil perlawanan tidak terlepas dari melakukan kesilapan

Hari ini, kesilapan pengadil sudah terlalu mudah dikesan kerana terlalu banyak kamera dipasang disekeliling padang.

Keadaan ini memaksa mereka tidak boleh lari daripada kenyataan.

Begitu pun, seperti mana yang selalu saya katakan bahawa semua orang melakukan kesilapan termasuk pemain dan pengadil.

Oleh itu saya fikir adalah lebih baik ditubuhkan satu panel untuk untuk menilai semula kesalahan kad kuning dan merah yang dikeluarkan.

Panel ini seharusnya di ketuai oleh bekas pemain, pengurus dan juga bekas pengadil.

Dengan cara ini, pemain yang sepatutnya tidak dilayangkan kad kuning boleh mengelak daripada digantung perlawanan atau terlepas perlawanan seterusnya.

Penggantungan adalah sesuatu yang sangat menyakitkan hati. Bukan setakat pasukan yang terjejas, peminat juga akan rasa tidak puas hati apabila pemain kesayangan mereka digantung.

Oleh itu, saya rasakan lebih elok panel diwujudkan bagi menilai semula kesilapan yang tidak seharusnya berlaku.



: steve mcmahon

: kosmo 27 september 2008





0 comments:

Post a Comment