Sunday 5 June 2011

tiket final piala fa 2011| antara realiti dan mainan politik




"15,000 tiket sudah terjual utk rombongan dan grup...12,000 lagi Akan dijual secara terbuka di stadium sultan muhamad IV ESOK MULAI JAM 9 pagi.500 tiket di khas utk yg membeli tiket KERETAPI Dan 2500 utk di beli online..usaha sedang di buat utk dapatkan tiket utk penyokong lembah klang yg akan di jual di KARANGKRAF SHAH ALAM MULAI ESOK....20,000 TIKET JUGA BOLEH DIBELI DI BUKIT JALIL JUMAAT 10HB 10 PAGI...." - tan sri annuar musa , 5 june 2011


menurut kenyataan tan sri annuar musa tersebut.. perlu di ingat... harga tiket untuk pasaran terbuka sememangnya di jangka akan melambung berlipat ganda.. bayangkan dengan hanya 12000 sahaja yang akan dijual mulai esok di kota bharu.. mungkin dari 12000 tersebut akan di peruntukkan untuk di jual kepada penyokong penyokong di shah alam.. hanya beberapa ribu sahaja akan di jual di kota bharu.. amatlah malang kepada penyokong penyokong yang akan beratur panjang untuk membeli tiket besok hari..

yang menjadi persoalan kepada tokey kedai adalah, peuntukan untuk kelantan 30000 dan terengganu 30000, berapa yang dikhaskan untuk tempat duduk vip dan berapa untuk tempat duduk terbuka?? sebenarnya itu yang patut di jelaskan secara terperinci..

tidak perlu cakap pasal terengganu, cukup sahaja bercerita sistem pembahagian tiket di kelantan,

penulis tidak mahu insiden tiket untuk perlawanan akhir piala malaysia 2010 berulang di mana kebanyakan tiket di khaskan untuk bahagian bahagian UMNO .. hanya berapa ribu sahaja dikhaskan untuk dijual secara terbuka...

tahun lepas bahagian tanah merah melalui ketua UMNO bahagian, datuk ikhmal berkata, sebagai pengundi berdaftar di tanah merah pon boleh dapat tiket free.. siap masuk akhbar berita harian lagi...
saya tak tipu, kalau tak percaya boleh baca artikel tersebut

Beli bukan sebarang beli. Kena ada 'pengerasnya'. Hanya orang Tanah Merah saja yang boleh beli tiket tu. Kena tunjuk IC untuk membuktikan bahawa anda berasal dari Tanah Merah. Jika layak, anda kena isi borang daftar pemilih sebagai pengundi.

itu cerita lama.. cerita tahun lepas.. tambah lagi time tu kebetulannya pilihanraya kecil dun di gua musang.. dun galas. petugas petugas BN diberi tiket percuma ... baca di SINI... fakta ni.. bukan tipu

annuar musa bukan tak nak jual , tapi beliau tersepit .. kerana beliau telah makan banyak budi orang orang UMNO ni. kerana beliau telah mengatakan secara terbuka, orang orang UMNO banyak membantu beliau memajukan bola negeri kelantan.. sebab itu lah, tiket tiket untuk game penting sebegini keutamaannya di beri kepada kroni kroni terlebih dahulu.. penyokong lain yang tak tau apa apa terpaksa la bayar dengan harga lebih.. kesiannnnnnnnnnnnnn..

dikhabarkan juga, ibrahim ali pon ada membuat majlis bersama penyokong kelate dari pasir mas di kuala lumpur nanti, dan beliau juga akan mengagihkan tiket secara percuma kepada mereka yang bertuah... sudah pasti, mereka yang jenis penjilat penjilat dan pengampu akan mengambil peluang keemasan ini dengan sebaik mungkin.. nilai 30 ringgit amat besar nilainya... rokok 3 kotak woi..

sejumlah baki 20000 lagi akan dijual di bukit jalil dimana penyokong penyokong kelantan dan terengganu yang berada di lembah klang pastinya akan berebut rebut membeli tiket tersebut..

di harap.. kemeriahan final piala fa 2011 yang semakin membahang auranya ini akan menjadi satu lagi sejarah kepada kelantan darul naim..


0 comments:

Post a Comment