Tuesday 28 June 2011

rakyat kelantan seharusnya bersedia untuk menerima kesan dari kemajuan negeri ..


untuk kesekian kalinya rakyat kelantan yang berada di kota bharu mengeluh...

namun apa boleh buat.. untuk kemajuan, rakyat kelantan seharusnya bersedia menerima perubahan walaupon tempat tempat yang dikorbankan itu merupakan tarikan pelancong...


antara lokasi lokasi tarikan pelancong yang telah hilang di telan sejarah :


1. pasar malam padang bas / pasar malam parit dalam

- kini tersergam indah dengan banggunan , tiada lagi kemeriahan dan keriuhan sebagaimana dulu.. lokasi yang berpindah ke belakang flat buluh kubu ibarat hidup segan mati tak mau.

- peniaga peniaga kain baju pula diarahkan berpindah ke lembah sireh,.. ia umpama menutup pintu rezeki peniaga.. dulu mereka memperoleh pendapatan yang boleh dikatakan lumayan.. sekarang tiada lagi.. dengan lokasi yang agak jauh.. pengunjung sukar berkunjung ke sana..

2. pasar lama MPKB.

- sekian lama mereka mencari rezeki di situ.. namun akhirnya akur supaya berpindah ke premis baru, di bazar tok guru.. sekali lagi lokasinya tidak strategik..

pengunjunjung yang menggunakan kenderaan awam seperti BAS amat sukar ke sana.. dengan tempat baru, pengunjung mungkin agak keberatan untuk ke sana.. bagi yang mempunyai kenderaan sendiri.. tidak mengapa.. mereka boleh ke sana dengan senang hati..



dan.. ada antara kita mungkin akan terus melupakan angan angan untuk berkunjung ke bazar ramadan di stadium sultan muhammad ke-IV.. kerana untuk masa ini, metro parking dikatakan telah memajak kawasan parking di stadium ... mungkin tiada lagi bazar ramadhan seperti dahulu sekiranya ini benar..

siapa akan menanggung kos gantirugi kepada metro parking jikalau bazar ramadhan di teruskan secara tradisi di situ???

atau adakah pihak metro parking rela membuat kebajikan dalam bulan puasa dengan tidak mengambil bayaran parking??

kepada kerajaan negeri.. jangan kerana mengejar kemajuan.. kami rakyat
marhain di biarkan menerima kesan tanpa pembelaan..

tiada lagi pasar ramadhan di stadium sultan muhammad ke - IV



harap maklum kepada semua penggemar dan pengunjung setia bazaar ramadhan di perkarangan stadium sultan muhammad ke - iv kota bharu kelantan..

bulan ramadhan akan menjelma sebulan sahaja lagi dari sekarang.. .

namun pengunjung pengunjung setia bazar ramadhan di stadium mungkin tidak lagi dapat merasai nikmat berkunjung ke sana...

mengapa??? hehhehe.. sendiri mau ingat laa.. ini kerana gara gara metro parking telah memajak kawasan tersebut...

sekiranya betul lah...

apa apa pun.. tunggu perkembangan selanjutnya dari pihak kerajaan negeri memberi maklum balas...

jangan kerana keuntungan singkat... ekonomi rakyat kelantan yang berbilang fahaman politik di abaikan.. .

negeri berkebajikan... huhuhhuhu

rezeki masyuk dengan karnival TRW



alhamdulillah..

kemah keming kemut rapak jik..

hok mano berminat menambah pendapatan tu.. 2 hb julai ni pakak gi la bukok mejo di SM mache nu..

karnival TRW bersama sama gelombang merah najib tun razak...

lupakan seketika sentimen politik.. keuntungan wang ringgit harus di utamakan

jange lupo penaik harga kaw kaw.. air skalo dok jual rm 1 segelas... awok awok demo jual la 2 ringgit segelas pon.. ore ngepek smetar jah... pahtu pakak beli supo tulo..

hahahaha

Thursday 23 June 2011

semalam dalam sejarah - 23 julai 2011



yeay

harimau muda layak ke pusingan kelayakan terakhir untuk mengecap nikmat sebagai pasukan yang melayakkan diri ke olimpik london 2012
dengan mengalahkan paskan favourite lebanon dengan agregat 2-1


terima kasih dari kedai kopi dot kom...


Saturday 18 June 2011

kemah keming



MALAH NOK KOMEN LEBIH LEBIH..

HAHAHHAHA...

KEPADA TUAN PUNYA, JANGE MARAH..
PUAH DOK SSAJO ETEP





18 JULAI 2011 - hari yang patut di kenang oleh rakyat MALAYSIA


- STADIUM SULTAN MUHAMMAD IV MENJADI STADIUM PERTAMA MENGANJURKAN PERLAWANAN PERSAHABATAN DI LUAR LEMBAH KLANG UNTUK PASUKAN MALAYSIA -

BUAT PERTAMA KALI STADIUM SULTAN MUHAMMAD KE IV BERTUKAR WARNA, DARI MERAH KEPADA BIRU DAN KUNING

MAJORITI PENYOKONG KELANTAN DENGAN BANGGA MENYARUNG JERSI BIRU DAN KUNING HARIMAU MALAYA

BUAT PERTAMA KALI PENYOKONG DARI LAIN LAIN NEGERI BERGABUNG DI STADIUM SULTAN MUHAMMAD KE IV UNTUK MENYAHUT SERUAN MENYOKONG PASUKAN KEBANGSAAN

BUAT PERTAMA KALI PENYOKONG SELURUH MALAYSIA MENYAKSIKAN PERLAWANAN MELIBATKAN PASUKAN MALAYSIA vs MYANMAR YANG DISIARKAN TERUS DARI
STADIUM SULTAN MUHAMMAD KE IV

Thursday 16 June 2011

YES !!! MALAYSIA BOLEH.........

















kredit kepada pembuat cerita.. tak tau siapa dia.. tapi memang sinikal ...



Monday 6 June 2011

SARBINI SUCKS !!!!!!!


3 kali bolos bukan perkara luar biasa bagi sarbini alawi, tambahan lagi dalam perlawanan domestik.. di peringkat asean pon beliau pernah melepaskan 5 biji goal ketika malaysia tumpas mudah kepada indonesia dalam saingan peringkat kumpulan kejohanan suzuki AFF tahun lepas.

jaringan pertama izuan solahudin pada minit ke 9 masih boleh di maafkan walaupon beliau hanya sekadar melihat dengan jelingan penuh manja...

jaringan kedua memang tiada pengampunan.. bola yang tidak sepatutnya goal, berjaya dijaringkan oleh mat yo dengan mudah walaupon berhadapan dengan pertahanan terengganu..
kesilapan sarbini yang keluar mengejar bola sememangnya di bayar dengan harga yang mahal.. tambahan pula beliau yang bertanggungjawab mencederakan rakan sepasukan sendiri.. dan ternyata kecederaan itu amatlah serius, tambahan lagi saingan finale piala fa hanya 5 hari sahaja lagi..

selepas menekel sahabatnya tadi, beliau dilihat bersemangat untuk mengejar bola dan matyo, tapi mungkin tindakan refleks untuk melebong dan mengelakkan diri dari di persalahkan, beliau seakan akan membuat sakit.. kah kah kah.. dok rok cetong...

sebelum insiden tersebut, beliau terlebih dahulu telah menolak kepala nurul azuan roya yang hanya melakukan perkara normal sebagai pemain bola.. namun, tindakan balas yang diberi oleh sarbini sememangnya bukan sikap profesional selaku pemain bola.. dan tambahan pula beliau adalah pemain dan penjaga goal yang berpengalaman..

adakah tekanan kerana tewas kepada kedah dalam perlawanan terdahulu dan baru pulang dari perlawanan persahabatan dengan hong kong membuatkan beliau terasa begitu tertekan dalam saingan malam tadi...???

apa pon, semestinya k rajagopal menggeleng kepala melihat persembahan anak buahnya malam tadi... saingan untuk merebut posisi penjaga goal utama skuad harimau malaya kembali terbuka.. dan beliau mungkin akan di pinggirkan kembali.. hahahahha...

apa apa pon.. sarbini alwi meme SUCKS !!!!



Sunday 5 June 2011

tiket final piala fa 2011| antara realiti dan mainan politik




"15,000 tiket sudah terjual utk rombongan dan grup...12,000 lagi Akan dijual secara terbuka di stadium sultan muhamad IV ESOK MULAI JAM 9 pagi.500 tiket di khas utk yg membeli tiket KERETAPI Dan 2500 utk di beli online..usaha sedang di buat utk dapatkan tiket utk penyokong lembah klang yg akan di jual di KARANGKRAF SHAH ALAM MULAI ESOK....20,000 TIKET JUGA BOLEH DIBELI DI BUKIT JALIL JUMAAT 10HB 10 PAGI...." - tan sri annuar musa , 5 june 2011


menurut kenyataan tan sri annuar musa tersebut.. perlu di ingat... harga tiket untuk pasaran terbuka sememangnya di jangka akan melambung berlipat ganda.. bayangkan dengan hanya 12000 sahaja yang akan dijual mulai esok di kota bharu.. mungkin dari 12000 tersebut akan di peruntukkan untuk di jual kepada penyokong penyokong di shah alam.. hanya beberapa ribu sahaja akan di jual di kota bharu.. amatlah malang kepada penyokong penyokong yang akan beratur panjang untuk membeli tiket besok hari..

yang menjadi persoalan kepada tokey kedai adalah, peuntukan untuk kelantan 30000 dan terengganu 30000, berapa yang dikhaskan untuk tempat duduk vip dan berapa untuk tempat duduk terbuka?? sebenarnya itu yang patut di jelaskan secara terperinci..

tidak perlu cakap pasal terengganu, cukup sahaja bercerita sistem pembahagian tiket di kelantan,

penulis tidak mahu insiden tiket untuk perlawanan akhir piala malaysia 2010 berulang di mana kebanyakan tiket di khaskan untuk bahagian bahagian UMNO .. hanya berapa ribu sahaja dikhaskan untuk dijual secara terbuka...

tahun lepas bahagian tanah merah melalui ketua UMNO bahagian, datuk ikhmal berkata, sebagai pengundi berdaftar di tanah merah pon boleh dapat tiket free.. siap masuk akhbar berita harian lagi...
saya tak tipu, kalau tak percaya boleh baca artikel tersebut

Beli bukan sebarang beli. Kena ada 'pengerasnya'. Hanya orang Tanah Merah saja yang boleh beli tiket tu. Kena tunjuk IC untuk membuktikan bahawa anda berasal dari Tanah Merah. Jika layak, anda kena isi borang daftar pemilih sebagai pengundi.

itu cerita lama.. cerita tahun lepas.. tambah lagi time tu kebetulannya pilihanraya kecil dun di gua musang.. dun galas. petugas petugas BN diberi tiket percuma ... baca di SINI... fakta ni.. bukan tipu

annuar musa bukan tak nak jual , tapi beliau tersepit .. kerana beliau telah makan banyak budi orang orang UMNO ni. kerana beliau telah mengatakan secara terbuka, orang orang UMNO banyak membantu beliau memajukan bola negeri kelantan.. sebab itu lah, tiket tiket untuk game penting sebegini keutamaannya di beri kepada kroni kroni terlebih dahulu.. penyokong lain yang tak tau apa apa terpaksa la bayar dengan harga lebih.. kesiannnnnnnnnnnnnn..

dikhabarkan juga, ibrahim ali pon ada membuat majlis bersama penyokong kelate dari pasir mas di kuala lumpur nanti, dan beliau juga akan mengagihkan tiket secara percuma kepada mereka yang bertuah... sudah pasti, mereka yang jenis penjilat penjilat dan pengampu akan mengambil peluang keemasan ini dengan sebaik mungkin.. nilai 30 ringgit amat besar nilainya... rokok 3 kotak woi..

sejumlah baki 20000 lagi akan dijual di bukit jalil dimana penyokong penyokong kelantan dan terengganu yang berada di lembah klang pastinya akan berebut rebut membeli tiket tersebut..

di harap.. kemeriahan final piala fa 2011 yang semakin membahang auranya ini akan menjadi satu lagi sejarah kepada kelantan darul naim..


Saturday 4 June 2011

dilema kakitangan kontrak yang kerja dengan kerajaan


ini hanya khabar khabar n sembang kedai kopi sahaja.. hahahha.


di khabarkan mulai bulan jun 2011,

semua sektor kementerian kementerian kerajaan malaysia akan membekukan pengambilan staf staf termasuk kakitangan sokongan dan kontrak dan tetap.


dan merka yang berkhidmat secara kontrak dengan kerajaan pon kemungkinan akan ditamatkan kontrak, tidak kira lah mereka telah berkhidmat selama mana pon.. berpengelaman atau tidak, selagi mereka berstatus kontrak... maka mereka perlu mengambil serius dengan isu ini.


ini di sebabkan langkah langkah penjimatan kerajaan malaysia..

kesian sungguh kepada mereka mereka ini...



Friday 3 June 2011

hari ni cuti ..

selamat hari agong kepada seri paduka baginda yang di pertuan agong sultan mizan zainal abidin


daulat tuanku
daulat tuanku
daulat tuanku

mohd badhri bin mohd radzi a.k.a piya



ambo pon toktau bakpo buleh ttubik idea nok nnulih pasal piya nih.

sapo sebenarnya anok muda bernamo mohd badhri bin mohd radzi ni..

ok, namo gelare dio dale pasuke kelate adalah PIYA..

paka no jersi 16.

lahir pado 2 june 1982,

main untuk skuad kelate sejak tahun 2004 sampai ko hari ni

tapi pado maso kejatuhan kelate tahun 2005, dio beralih angin
dio gi main nga PDRM,
antara sebab dio gi denu pasal time tu kelate jatuh keno main liga FAM, mano standard. player berbakat main liga nga set kelab kapong.. kah kah kah,
tapi..

tok lamo , dio main sapa abih musim 2006.

kemudian pado tahun 2007, dio kelik mari main nga kelate smula..
mungkin dio saye lagi ko kelate , wallahuaklam..

sejak tu sapa ko hari ni, time ambo dok nnulih ni, dio kekal nga kelate.. musim depe tok tau laa.. kalu jenih napok ko pitih.. dio mungkin berhijrah.. pasal set selangor dok offer nu...
jak musim lepas lagi bunyi kabar selangor nok sign kontrak.

dale tempoh 2007 - 2011,

banyak pahit manis piya ni dale skuad kelate.

kito cerito hok manis dulu..

beliau antara pemain hok membarisi skuad ketika membawa kelate mendaki liga bawahan selangkah demi selangkah sehingga melayakkan kelate naik ko liga super.

antara player hok membarisi skuad ketika kelate kaloh ko selangor dale perlawanan akhir piala fa 2009

berjaya menjadi kapten skuad kelate.. buke cale cale ore buleh pakai lilitan kapten ni.

berjaya menjaringkan goal ketika kelate mene piala malaysia 2010 ke atas negeri sembilan, final ulangan hok tahun 2009.

berjaya menjaringkan goal piala sumbangsih kelate menewaskan selangor 2011

buat maso ni, beliau antara pemain tengah hok paling banyak menjaringkan goal dalam kejohanan liga super 2011


namun di sebalik tu..

beliau hampir menamatkan karier selaku pemain bola..

kecederaan serius akibat patah kaki ketika atas padang time lawe pula pine dan menyebabkan beliau terlepas peluang bermain perlawanan akhir piala maysia 201o

tidak pernah sekalipon di panggil menyertai latihan bersama skuad kebangsaan.. jangankan menanggotai skuad... panggil untuk pemilihan pon tidak pernah.


cerita di sebalik ore bernamo piya ni, mace mace doh ore dok wak bual.. ado hok molek ado hok tok molek nok dengar..

biaso laa, ore bilo ssohor ni.. ado slalu hok dok ngepom n dok takir..

hok dok ngepom gak, abih pah ko sut nok pujo dan nok puji.. sapa ado page facebook dok suruh piya main nga skuad kebangsaan.. heheheh

dan sebaliknyo pulok berlaku ko set hok tok berlago angin nga piya ni

....................

bereh dulu.. lain kali ambo sambung pulok .. banyok cerito pasal piya nih.

assalamualaikum..

jange lupo tinggalkan komen alik bowoh kalu fakta ambo silap..










Wednesday 1 June 2011

rutin sesudah on laptop...

- cucuk broadband

- connect to internet

- login facebook

- check email

- baca email kot ada yang penting

- konsentrate to facebook

- antara pages n group WAJIB AMBO buka :

- THE RED WARRIORS MALAYSIA

- TAN SRI ANNUAR MUSA

- REDFC - NEWS

- SUKO KECEK KELATE

- KELAB PENYOKONG SIBER BOLASEPAK KELATE (kdn)


DAN BACO KOMEN KOMEN HOK NGARUK NGABE DALE WALL SAING SAING... WALL PAGES NUAR MUSO, DAN BANYAK LAGI... KAWE CCAYO.. DEMO SEMUO PON SUPOKAWE JUGOK... DE GILO KO BOLA GAK.. DOP CCARO DOH KO GROUP GROUP LAIN.. KAH KAH KAH..

UNTUK BLOG, KAWE SUKO MASUK BLOG RIZAL HASHIM, AIMAN SUARA SUKAN , WAWAN FAIZ , DAN RAMAI LAGI.. ADO INFO ADO HOK NNAKIR.. KEMAH KEMING BELAKO..