Monday 24 October 2011

nilai rm5O di hari ini


kecil sungguh nilai duit rm 50 hari ini.
terutamanya bagi mereka-mereka yang berada di kota




rokok rm10
makan 3 kali sehari rm15
lepak ngan member rm10
tambang teksi/lrt/komuter/parking/petrol rm10
topup rm10



TIKET PERLAWANAN AKHIR PIALA MALAYSIA 2011 = RM 50

Friday 23 September 2011

FAM lagi KEJAM dari FIFA

FIFA nampaknya berlembut hati denga FAM.. ade ke  denda RM 15,820 je?? tak patut.. tak patut...


nampaknya pegawai FIFA ni tak baca kot report report dari FAM yang di hantar saban bulan ke badan induk tersebut,


ke memang FAM tak pernah menghantar laporan audit kepada FIFA berkenaan kes kes disiplin dan kesalahan pasukan yang terlibat dalam liga super malaysia dan sebarang pertandingan yang dianjurkan oleh FAM..??


kalaulah FIFA membaca laporan tersebut, mesti mereka mengenakan denda yang lebih tinggi.. kerana apa la sangat denda 15k tu.. FAM denda kelantan pon berpuluh ribu... huhuhuhu...


untuk detail .. baca la dulu laporan berita dari malay mail ni... tapi kot bahasa orang putih ler.. malas nak trenslet..



PETALING JAYA: Fifa have slapped the FA of Malaysia (FAM) with fines amounting to RM15,820 in relation to the pre-World Cup round two return-leg match between Malaysia and Singapore at the National Stadium in Bukit Jalil on July 28.
This was confirmed by the world body in a statement to Mailsport yesterday.
“FAM have been fined 4,000 Swiss Francs (RM14,020) for crowd disturbance and has to cover the procedural costs of 500 Swiss Francs in relation to this match.”
The email was signed by the media department.
FAM received a letter from Fifa disciplinary committee deputy-secretary Wilma Ritter earlier this month after the match commissioner’s report revealed fans threw water bottles onto the pitch, flares were lit and laser lights were beamed at Singapore goalkeeper Izwan Mahbud.
FAM responded to Ritter’s letter and admitted to the security flaws seen in the match.
Fifa then confirmed the committee will deliberate on the match in their meeting last week as revealed in Mailsport in an article off From the sidelines column titled FAM clueless published on Sept 7.
Mailsport had, in an earlier article Walking on a tightrope published Aug 8, revealed the match could have breached several regulations of the Fifa Disciplinary Code.
A fan, Ahmad Jazimin Jalaluddin, was blinded in the right eye after being struck by firecracker fragments during the match.
The match ended in a 1-1 draw but Singapore advanced to the next round after earning a 6-4 aggregate.    

(malaymail 21 september 2011)



apakah mungkin gara gara insiden membakar mercun, membakar flare ( sinonim dengan penyokong yang gah dengan gelaran ULTRAS ) dan bermain main dengan sinaran laser akan menjadikan FAM lebih tegas dengan tidak membenarkan insiden sebegini terus berlaku... 


diharapkan pihak yang berkenaan sedar akan risiko risiko yang bakal mereka hadapi sekiranya di tangkap oleh pihak berkuasa kerana begitulah sikap FAM.. sudah terhantuk baru nak menyalahkan orang lain... 


...



Wednesday 10 August 2011

MAYSRAKAT BRITAIN PRIHATIN


LIHATLAH.. BETAPA DI BRITAIN SANA MASIH ADA YANG MENGAMBIL BERAT AKAN ASHRAF HAZIQ YANG DIROMPAK DAN DIPUKUL..

SILA BACA 


UNTUK LEBIH DETAIL













fakta vs auta: berhati hati di jalan raya

fakta vs auta: berhati hati di jalan raya: "di harap insiden ini tidak akan berlaku kepada anda semua"

FACEBOOK TIDAK BOLEH DI AKSES



adoi.. bakpo kawe tokleh nok akses facebook guno meksis berukbend ni... adakah orang lain pon mengalami masalah yang sama??

padah kerana kuat mengintai , pegawai KAFA lebam kelopak mata

ini info auta...
aduh.. seram melihat betapa kelopak mata lebam sampai begitu rupa.. di fahamkan beberapa orang pegawai kafa yang di tugaskan untuk mengintai pemain pemain baru untuk di gunakan dalam saingan piala malaysia 2011 telah di serang ketimbit. ore kelate oyak , timbing.. betul atau tidak wallahuaklam..

ini kerana setelah mendapat khidmat penyerang berbakat dari pahang, azamudin akil. KAFA masih tidak puas hati.. padahnya, habis pegawai di serang ketimbit kerana mengintai.. dikatakan, r surendran berjaya di intai tanpa kantoi.. namun apa yang pasti.. saingan untuk mendapatkan pemain tersebut turut di sertai oleh pasukan dari kelab liga perdana.. erm.. sama sama kita tengok.. sapa lagi akan di serang penyakit kuat mengintai ni... hahahhahahah


sekadar gambar hiasan

Tuesday 2 August 2011

apek n jejari runcing dah kembali berpacaran..

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
..
.
.
.
..
...
...
....
.....
......
.......
........
.........
...........
.............
...............
..................
kah kah kah kah

tajuk tu saja saja nak buat jah...

puah dok ssajo etep.. lalalallalalalalla

Monday 1 August 2011

cara cara berkesan untuk menarik perhatian ke blog anda

anda kena lah buat post pasal benda benda ni dan bergantung kepada siapa sasaran anda 


1. entry pasal selebriti putus cinta/tunang/ (contoh apek n elia jejari runcing)


2. komen pasal isu isu politik murahan.. ( contoh : video seks nuar berahim )


3. entry berdasarkan isu semasa.. (contoh : isu malaysia kalah kepada singapore)


4. entry yang merapu meraban... 





Saturday 9 July 2011

Siapa Sebenarnya Pencatur Strategi The Red Warriors

umum mengetahui bahawa kelantan atau lebih di kenali dengan gelaran RED WARRIORS mempunyai barisan jurulatih yang dikatakan berkaliber...


B SATHIANATHAN

Datuk M Karathu
 

dan di bantu oleh mereka ini

Hashim Mustapha

Sideek Samsudin




adakah betul mereka ini yang menggalas tanggung jawab sebagai barisan jurulatih kelantan??

ini kerana ada yang menyampaikan kepada tokey kedai bahawa mereka ini cuma pelengkap sahaja.
sekadar membariskan nama besar untuk mengelabui peranan sebenar beliau...
ada juga sumber mengatakan mereka ini tidak lebih sekadar boneka... digunakan apabila perlu sahaja...
" dibuang sayang, ada di simpan "


SIAPAKAH SEBENARNYA BELIAU

JURULATIH SEBENAR KELANTAN ??


SAMA SAMA KITA TUNGGU PENDEDAHAN EKSLUSIF
 

Wednesday 6 July 2011

matyo kempunan kasut emas



walaupon menghadiahkan kemenangan kepada kelantan dengan menjaringkan dua gol..


mat yo pulang dari likas dengan perasaan hampa apabila hasratnya untuk meraih anugerah pemenang kasut emas tidak kesampaian untuk tahun ini, 


kejayaan itu di raih oleh rakan penyerang skuad kebangsaan dari terengganu, abdul hadi yahya.. yang menjaringkan 4 gol ketika menewaskan felda united.


apa apa pon, di harap.. mat yo terus menjaringkan goal untuk masa masa depan..


umur anda masih muda.. 


masih ada banyak masa untuk memusnahkan rekod legenda kelantan, hashim mustapha..

kelantan juara liga super 2011


tahniah 
tahniah
tahniah


sejarah bolasepak malaysia sekali lagi tercipta, dan lebih manis lagi melibatkan pasukan kelantan..

untuk rekod, semenjak menceburi kancah liga profesional, kelantan fa tidak pernah menjuarai sebarang kejuaraan utama liga.. tetapi tahun 2011 memberi makna yang betul betul membahagiakan buat seluruh penyokong setia kelantan fa.

langkah kanan bergaya di permulaan liga dengan membenam ego selangor di shah alam, menghadiahkan piala sumbangsih,

namun perjalanan penuh ranjau untuk merebut kejuaraan piala fa terbantut apabila tewas di tangan jiran, terengganu..

walaupon begitu.. keyakinan tetap diteruskan untuk meraih kejuaraan liga.. dan ia merupakan tiket untuk beraksi di pentas lebih tinggi prestij nya di peringkat asia.. kejuaran afc..  bersaing dengan pasukan pok penyu.

apapon, kenangan dan sejarah yang tercipta ini tidak akan dilupakan bagi peminat dan pengikut sejati the red warriors..

semoga kejayaan hari ini akan berkekalan untuk mempertahankan kejuaraan piala malaysia dan mengakhiri kejayaan 2011 dengan lebih gah..



Sunday 3 July 2011

anak muda dalam politik..??

hahahha.. nok ssuko raso .. meme ramai laa anok mudo lo ni. kalu sebut PAS.. tepuk tange ssorok abih reng..

sebut UMNO atau BN.. pakak jebeh tonye belako..


kah kah kah..

kepada anda semua yang dikatakan berminat dengan politik.. usahlah berbicara tentang politik sekiranya sejarah politik negara pon anda tidak tahu..

kepada yang menyokong PAS, .. sila kaji sejarah penubuhan PAS...

begitu juga kepada penyokong UMNO.. kajilah juga sejarah penubuhan UMNO LAMA dan UMNO BARU..

kelak, bila seseorang bertanyakan anda.. anda semua mampu menjawab persoalan mereka..

bukan sekadar menjadi pak turut...

Saturday 2 July 2011

maruah president KAFA di calar oleh Perdana Menteri


salam kepada seluruh penyokong TRW..

saya dengan ini mengucapkan simpati kepada tan sri annuar musa di atas insiden yang berlaku di machang petang 2 julai 2011.

bagi tokey kedai, ini sungguh memalukan.. dengan usaha penat jerih tan sri annuar musa merangka strategi untuk mendapatkan dana kerajaan pusat dalam isu pembinaan stadium bolasepak... tan sri di beri kejutan oleh perdana menteri dengan bersahaja..

" stadium akan diberikan sekiranya kerajaan kelantan sekarang ini tumbang dan bertukar tangan kepada barisan nasional " ...

sungguh amat memalukan..

tidak dapat d bayangkan perasaan tan sri semasa kejadian.. walaubagaimanapon, tokey kedai dapat rasakan, tan sri hanya dapat mengangguk kepala tanda setuju.. walaupon dalam hati begitu remuk redam perasaan.. dipermainkan oleh perdana menteri di depan pegawai pegawai kafa, pemain pemain trw, dan ribuan penyokong yang hadir untuk menyaksikan peristiwa bersejarah tersebut..


kepada pembaca yang budiman, sekiranya anda berada di tempat tan sri annuar musa., apa perasaan anda ketika itu??

di harap selepas ini, usahlah lagi tan sri annuar musa membangkitkan isu pembinaan stadium bolasepak sendiri, duduk dan bawalah kembali isu tersebut kepada kerajaan negeri.. berbincanglah sesama kita untuk kepentingan bersama.. mungkin di situ nanti apa yang tan sri mahukan akan tercapai.. pengurusan under kafa, biar kafa yang uruskan.. tak perlu lah nak sindir menyindir lagi.. kerana tan sri sendiri telah di sindir secara terbuka oleh perdana menteri...


walau apa pon, terima kasih kepada perdana menteri kerana sudah memberikan peruntukan sebanyak rm6 juta untuk tiga tahun kepada KAFA...

" Alhamdilillah...majlis Trw bersama YAB pm dan peresmian

AKADEMI REDWARRIORS selamat di sempurnakan..

Kita bersyukur sebuah NGO saperti KAFA diberi penghargaan

sedemikian rupa olih pucuk pimpinan..

Bantuan Dari PM dtg tepat pd saat kita perlu buat persiapan

MUSIM 2012 YG MENCABAR....

Perhimpunan juga amat BERJAYA..

TERHARU MELIHAT SET KITA!! " -- status terbaru tsam.


Tuesday 28 June 2011

rakyat kelantan seharusnya bersedia untuk menerima kesan dari kemajuan negeri ..


untuk kesekian kalinya rakyat kelantan yang berada di kota bharu mengeluh...

namun apa boleh buat.. untuk kemajuan, rakyat kelantan seharusnya bersedia menerima perubahan walaupon tempat tempat yang dikorbankan itu merupakan tarikan pelancong...


antara lokasi lokasi tarikan pelancong yang telah hilang di telan sejarah :


1. pasar malam padang bas / pasar malam parit dalam

- kini tersergam indah dengan banggunan , tiada lagi kemeriahan dan keriuhan sebagaimana dulu.. lokasi yang berpindah ke belakang flat buluh kubu ibarat hidup segan mati tak mau.

- peniaga peniaga kain baju pula diarahkan berpindah ke lembah sireh,.. ia umpama menutup pintu rezeki peniaga.. dulu mereka memperoleh pendapatan yang boleh dikatakan lumayan.. sekarang tiada lagi.. dengan lokasi yang agak jauh.. pengunjung sukar berkunjung ke sana..

2. pasar lama MPKB.

- sekian lama mereka mencari rezeki di situ.. namun akhirnya akur supaya berpindah ke premis baru, di bazar tok guru.. sekali lagi lokasinya tidak strategik..

pengunjunjung yang menggunakan kenderaan awam seperti BAS amat sukar ke sana.. dengan tempat baru, pengunjung mungkin agak keberatan untuk ke sana.. bagi yang mempunyai kenderaan sendiri.. tidak mengapa.. mereka boleh ke sana dengan senang hati..



dan.. ada antara kita mungkin akan terus melupakan angan angan untuk berkunjung ke bazar ramadan di stadium sultan muhammad ke-IV.. kerana untuk masa ini, metro parking dikatakan telah memajak kawasan parking di stadium ... mungkin tiada lagi bazar ramadhan seperti dahulu sekiranya ini benar..

siapa akan menanggung kos gantirugi kepada metro parking jikalau bazar ramadhan di teruskan secara tradisi di situ???

atau adakah pihak metro parking rela membuat kebajikan dalam bulan puasa dengan tidak mengambil bayaran parking??

kepada kerajaan negeri.. jangan kerana mengejar kemajuan.. kami rakyat
marhain di biarkan menerima kesan tanpa pembelaan..

tiada lagi pasar ramadhan di stadium sultan muhammad ke - IV



harap maklum kepada semua penggemar dan pengunjung setia bazaar ramadhan di perkarangan stadium sultan muhammad ke - iv kota bharu kelantan..

bulan ramadhan akan menjelma sebulan sahaja lagi dari sekarang.. .

namun pengunjung pengunjung setia bazar ramadhan di stadium mungkin tidak lagi dapat merasai nikmat berkunjung ke sana...

mengapa??? hehhehe.. sendiri mau ingat laa.. ini kerana gara gara metro parking telah memajak kawasan tersebut...

sekiranya betul lah...

apa apa pun.. tunggu perkembangan selanjutnya dari pihak kerajaan negeri memberi maklum balas...

jangan kerana keuntungan singkat... ekonomi rakyat kelantan yang berbilang fahaman politik di abaikan.. .

negeri berkebajikan... huhuhhuhu

rezeki masyuk dengan karnival TRW



alhamdulillah..

kemah keming kemut rapak jik..

hok mano berminat menambah pendapatan tu.. 2 hb julai ni pakak gi la bukok mejo di SM mache nu..

karnival TRW bersama sama gelombang merah najib tun razak...

lupakan seketika sentimen politik.. keuntungan wang ringgit harus di utamakan

jange lupo penaik harga kaw kaw.. air skalo dok jual rm 1 segelas... awok awok demo jual la 2 ringgit segelas pon.. ore ngepek smetar jah... pahtu pakak beli supo tulo..

hahahaha

Thursday 23 June 2011

semalam dalam sejarah - 23 julai 2011



yeay

harimau muda layak ke pusingan kelayakan terakhir untuk mengecap nikmat sebagai pasukan yang melayakkan diri ke olimpik london 2012
dengan mengalahkan paskan favourite lebanon dengan agregat 2-1


terima kasih dari kedai kopi dot kom...


Saturday 18 June 2011

kemah keming



MALAH NOK KOMEN LEBIH LEBIH..

HAHAHHAHA...

KEPADA TUAN PUNYA, JANGE MARAH..
PUAH DOK SSAJO ETEP





18 JULAI 2011 - hari yang patut di kenang oleh rakyat MALAYSIA


- STADIUM SULTAN MUHAMMAD IV MENJADI STADIUM PERTAMA MENGANJURKAN PERLAWANAN PERSAHABATAN DI LUAR LEMBAH KLANG UNTUK PASUKAN MALAYSIA -

BUAT PERTAMA KALI STADIUM SULTAN MUHAMMAD KE IV BERTUKAR WARNA, DARI MERAH KEPADA BIRU DAN KUNING

MAJORITI PENYOKONG KELANTAN DENGAN BANGGA MENYARUNG JERSI BIRU DAN KUNING HARIMAU MALAYA

BUAT PERTAMA KALI PENYOKONG DARI LAIN LAIN NEGERI BERGABUNG DI STADIUM SULTAN MUHAMMAD KE IV UNTUK MENYAHUT SERUAN MENYOKONG PASUKAN KEBANGSAAN

BUAT PERTAMA KALI PENYOKONG SELURUH MALAYSIA MENYAKSIKAN PERLAWANAN MELIBATKAN PASUKAN MALAYSIA vs MYANMAR YANG DISIARKAN TERUS DARI
STADIUM SULTAN MUHAMMAD KE IV

Thursday 16 June 2011

YES !!! MALAYSIA BOLEH.........

















kredit kepada pembuat cerita.. tak tau siapa dia.. tapi memang sinikal ...



Monday 6 June 2011

SARBINI SUCKS !!!!!!!


3 kali bolos bukan perkara luar biasa bagi sarbini alawi, tambahan lagi dalam perlawanan domestik.. di peringkat asean pon beliau pernah melepaskan 5 biji goal ketika malaysia tumpas mudah kepada indonesia dalam saingan peringkat kumpulan kejohanan suzuki AFF tahun lepas.

jaringan pertama izuan solahudin pada minit ke 9 masih boleh di maafkan walaupon beliau hanya sekadar melihat dengan jelingan penuh manja...

jaringan kedua memang tiada pengampunan.. bola yang tidak sepatutnya goal, berjaya dijaringkan oleh mat yo dengan mudah walaupon berhadapan dengan pertahanan terengganu..
kesilapan sarbini yang keluar mengejar bola sememangnya di bayar dengan harga yang mahal.. tambahan pula beliau yang bertanggungjawab mencederakan rakan sepasukan sendiri.. dan ternyata kecederaan itu amatlah serius, tambahan lagi saingan finale piala fa hanya 5 hari sahaja lagi..

selepas menekel sahabatnya tadi, beliau dilihat bersemangat untuk mengejar bola dan matyo, tapi mungkin tindakan refleks untuk melebong dan mengelakkan diri dari di persalahkan, beliau seakan akan membuat sakit.. kah kah kah.. dok rok cetong...

sebelum insiden tersebut, beliau terlebih dahulu telah menolak kepala nurul azuan roya yang hanya melakukan perkara normal sebagai pemain bola.. namun, tindakan balas yang diberi oleh sarbini sememangnya bukan sikap profesional selaku pemain bola.. dan tambahan pula beliau adalah pemain dan penjaga goal yang berpengalaman..

adakah tekanan kerana tewas kepada kedah dalam perlawanan terdahulu dan baru pulang dari perlawanan persahabatan dengan hong kong membuatkan beliau terasa begitu tertekan dalam saingan malam tadi...???

apa pon, semestinya k rajagopal menggeleng kepala melihat persembahan anak buahnya malam tadi... saingan untuk merebut posisi penjaga goal utama skuad harimau malaya kembali terbuka.. dan beliau mungkin akan di pinggirkan kembali.. hahahahha...

apa apa pon.. sarbini alwi meme SUCKS !!!!



Sunday 5 June 2011

tiket final piala fa 2011| antara realiti dan mainan politik




"15,000 tiket sudah terjual utk rombongan dan grup...12,000 lagi Akan dijual secara terbuka di stadium sultan muhamad IV ESOK MULAI JAM 9 pagi.500 tiket di khas utk yg membeli tiket KERETAPI Dan 2500 utk di beli online..usaha sedang di buat utk dapatkan tiket utk penyokong lembah klang yg akan di jual di KARANGKRAF SHAH ALAM MULAI ESOK....20,000 TIKET JUGA BOLEH DIBELI DI BUKIT JALIL JUMAAT 10HB 10 PAGI...." - tan sri annuar musa , 5 june 2011


menurut kenyataan tan sri annuar musa tersebut.. perlu di ingat... harga tiket untuk pasaran terbuka sememangnya di jangka akan melambung berlipat ganda.. bayangkan dengan hanya 12000 sahaja yang akan dijual mulai esok di kota bharu.. mungkin dari 12000 tersebut akan di peruntukkan untuk di jual kepada penyokong penyokong di shah alam.. hanya beberapa ribu sahaja akan di jual di kota bharu.. amatlah malang kepada penyokong penyokong yang akan beratur panjang untuk membeli tiket besok hari..

yang menjadi persoalan kepada tokey kedai adalah, peuntukan untuk kelantan 30000 dan terengganu 30000, berapa yang dikhaskan untuk tempat duduk vip dan berapa untuk tempat duduk terbuka?? sebenarnya itu yang patut di jelaskan secara terperinci..

tidak perlu cakap pasal terengganu, cukup sahaja bercerita sistem pembahagian tiket di kelantan,

penulis tidak mahu insiden tiket untuk perlawanan akhir piala malaysia 2010 berulang di mana kebanyakan tiket di khaskan untuk bahagian bahagian UMNO .. hanya berapa ribu sahaja dikhaskan untuk dijual secara terbuka...

tahun lepas bahagian tanah merah melalui ketua UMNO bahagian, datuk ikhmal berkata, sebagai pengundi berdaftar di tanah merah pon boleh dapat tiket free.. siap masuk akhbar berita harian lagi...
saya tak tipu, kalau tak percaya boleh baca artikel tersebut

Beli bukan sebarang beli. Kena ada 'pengerasnya'. Hanya orang Tanah Merah saja yang boleh beli tiket tu. Kena tunjuk IC untuk membuktikan bahawa anda berasal dari Tanah Merah. Jika layak, anda kena isi borang daftar pemilih sebagai pengundi.

itu cerita lama.. cerita tahun lepas.. tambah lagi time tu kebetulannya pilihanraya kecil dun di gua musang.. dun galas. petugas petugas BN diberi tiket percuma ... baca di SINI... fakta ni.. bukan tipu

annuar musa bukan tak nak jual , tapi beliau tersepit .. kerana beliau telah makan banyak budi orang orang UMNO ni. kerana beliau telah mengatakan secara terbuka, orang orang UMNO banyak membantu beliau memajukan bola negeri kelantan.. sebab itu lah, tiket tiket untuk game penting sebegini keutamaannya di beri kepada kroni kroni terlebih dahulu.. penyokong lain yang tak tau apa apa terpaksa la bayar dengan harga lebih.. kesiannnnnnnnnnnnnn..

dikhabarkan juga, ibrahim ali pon ada membuat majlis bersama penyokong kelate dari pasir mas di kuala lumpur nanti, dan beliau juga akan mengagihkan tiket secara percuma kepada mereka yang bertuah... sudah pasti, mereka yang jenis penjilat penjilat dan pengampu akan mengambil peluang keemasan ini dengan sebaik mungkin.. nilai 30 ringgit amat besar nilainya... rokok 3 kotak woi..

sejumlah baki 20000 lagi akan dijual di bukit jalil dimana penyokong penyokong kelantan dan terengganu yang berada di lembah klang pastinya akan berebut rebut membeli tiket tersebut..

di harap.. kemeriahan final piala fa 2011 yang semakin membahang auranya ini akan menjadi satu lagi sejarah kepada kelantan darul naim..


Saturday 4 June 2011

dilema kakitangan kontrak yang kerja dengan kerajaan


ini hanya khabar khabar n sembang kedai kopi sahaja.. hahahha.


di khabarkan mulai bulan jun 2011,

semua sektor kementerian kementerian kerajaan malaysia akan membekukan pengambilan staf staf termasuk kakitangan sokongan dan kontrak dan tetap.


dan merka yang berkhidmat secara kontrak dengan kerajaan pon kemungkinan akan ditamatkan kontrak, tidak kira lah mereka telah berkhidmat selama mana pon.. berpengelaman atau tidak, selagi mereka berstatus kontrak... maka mereka perlu mengambil serius dengan isu ini.


ini di sebabkan langkah langkah penjimatan kerajaan malaysia..

kesian sungguh kepada mereka mereka ini...



Friday 3 June 2011

hari ni cuti ..

selamat hari agong kepada seri paduka baginda yang di pertuan agong sultan mizan zainal abidin


daulat tuanku
daulat tuanku
daulat tuanku

mohd badhri bin mohd radzi a.k.a piya



ambo pon toktau bakpo buleh ttubik idea nok nnulih pasal piya nih.

sapo sebenarnya anok muda bernamo mohd badhri bin mohd radzi ni..

ok, namo gelare dio dale pasuke kelate adalah PIYA..

paka no jersi 16.

lahir pado 2 june 1982,

main untuk skuad kelate sejak tahun 2004 sampai ko hari ni

tapi pado maso kejatuhan kelate tahun 2005, dio beralih angin
dio gi main nga PDRM,
antara sebab dio gi denu pasal time tu kelate jatuh keno main liga FAM, mano standard. player berbakat main liga nga set kelab kapong.. kah kah kah,
tapi..

tok lamo , dio main sapa abih musim 2006.

kemudian pado tahun 2007, dio kelik mari main nga kelate smula..
mungkin dio saye lagi ko kelate , wallahuaklam..

sejak tu sapa ko hari ni, time ambo dok nnulih ni, dio kekal nga kelate.. musim depe tok tau laa.. kalu jenih napok ko pitih.. dio mungkin berhijrah.. pasal set selangor dok offer nu...
jak musim lepas lagi bunyi kabar selangor nok sign kontrak.

dale tempoh 2007 - 2011,

banyak pahit manis piya ni dale skuad kelate.

kito cerito hok manis dulu..

beliau antara pemain hok membarisi skuad ketika membawa kelate mendaki liga bawahan selangkah demi selangkah sehingga melayakkan kelate naik ko liga super.

antara player hok membarisi skuad ketika kelate kaloh ko selangor dale perlawanan akhir piala fa 2009

berjaya menjadi kapten skuad kelate.. buke cale cale ore buleh pakai lilitan kapten ni.

berjaya menjaringkan goal ketika kelate mene piala malaysia 2010 ke atas negeri sembilan, final ulangan hok tahun 2009.

berjaya menjaringkan goal piala sumbangsih kelate menewaskan selangor 2011

buat maso ni, beliau antara pemain tengah hok paling banyak menjaringkan goal dalam kejohanan liga super 2011


namun di sebalik tu..

beliau hampir menamatkan karier selaku pemain bola..

kecederaan serius akibat patah kaki ketika atas padang time lawe pula pine dan menyebabkan beliau terlepas peluang bermain perlawanan akhir piala maysia 201o

tidak pernah sekalipon di panggil menyertai latihan bersama skuad kebangsaan.. jangankan menanggotai skuad... panggil untuk pemilihan pon tidak pernah.


cerita di sebalik ore bernamo piya ni, mace mace doh ore dok wak bual.. ado hok molek ado hok tok molek nok dengar..

biaso laa, ore bilo ssohor ni.. ado slalu hok dok ngepom n dok takir..

hok dok ngepom gak, abih pah ko sut nok pujo dan nok puji.. sapa ado page facebook dok suruh piya main nga skuad kebangsaan.. heheheh

dan sebaliknyo pulok berlaku ko set hok tok berlago angin nga piya ni

....................

bereh dulu.. lain kali ambo sambung pulok .. banyok cerito pasal piya nih.

assalamualaikum..

jange lupo tinggalkan komen alik bowoh kalu fakta ambo silap..










Wednesday 1 June 2011

rutin sesudah on laptop...

- cucuk broadband

- connect to internet

- login facebook

- check email

- baca email kot ada yang penting

- konsentrate to facebook

- antara pages n group WAJIB AMBO buka :

- THE RED WARRIORS MALAYSIA

- TAN SRI ANNUAR MUSA

- REDFC - NEWS

- SUKO KECEK KELATE

- KELAB PENYOKONG SIBER BOLASEPAK KELATE (kdn)


DAN BACO KOMEN KOMEN HOK NGARUK NGABE DALE WALL SAING SAING... WALL PAGES NUAR MUSO, DAN BANYAK LAGI... KAWE CCAYO.. DEMO SEMUO PON SUPOKAWE JUGOK... DE GILO KO BOLA GAK.. DOP CCARO DOH KO GROUP GROUP LAIN.. KAH KAH KAH..

UNTUK BLOG, KAWE SUKO MASUK BLOG RIZAL HASHIM, AIMAN SUARA SUKAN , WAWAN FAIZ , DAN RAMAI LAGI.. ADO INFO ADO HOK NNAKIR.. KEMAH KEMING BELAKO..




Tuesday 31 May 2011

tanpa sedar... duit kita di tarik.. tak banyak cuma ......










kedai mamak make pon keno cas perkhidmatan
kedai kedai makanan segera
hotel hotel

- government tax -

kah kah kah


nok make pon keno bayar cukai...
nok telepon ko anok bini pon keno bayar cukai
nok tengok bola pon keno cukai
serba serbi cukai lo nim
hok gaji mahal siap keno cukai pendapatan




ramai rakyat malaysia tidak ambik kisah pasal ni, sikit sikit... kerajaan untung banyak woi...
free free jah sedekoh ko kerajaan.. adui laa


DI HARAP, DENGAN BEBAN KENAIKAN BARANGAN PENGGUNA INI, KERAJAAN PUSAT DAN KERAJAAN NEGERI MEMAINKAN PERANAN PENTING DENGAN MENGHAPUSKAN CUKAI CUKAI YANG TIDAK SEPATUTNYA INI.. WALAUPON JUMLAH KECIL, KAMI YANG BERGAJI KECIL INI MEMANG TERASA DENGAN 6 % TERSEBUT.

Sunday 29 May 2011

bila tengok bola........






manager pulok sumbat goal... terbaik n mabeles







pegadil pon sumbat goal jugok.. keh keh keh






budak milo sumbat goal









selongkar surat khabar : gelora di FAM hanyalah ciptaan manusia

rizal hashim
garis tepi
kosmo 27 septembet 2008



PERGOLAKAN terbaru di Wisma FAM sekilas pandang sudah berakhir.

Harap begitulah pada minggu terakhir Ramadan al-Mubarak ini.

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia, Sultan Ahmad Shah kekal menaruh kepercayaan kepada Setiausaha Agung, Datuk Azzuddin Ahmad yang dilempar dengan pelbagai tuduhan, termasuk salah laku dan kurang mesra media, oleh pihak tertentu.

Pihak tertentu yang dilihat cuba menjatuhkan martabat Azzuddin agar beliau disingkir, sudah tentu mahu melupakan episod ini.

Bagi mereka, kemenangan dari segi moral yang dicari-cari tidak menjadi kenyataan.

Pihak ini dianggap mempunyai agenda dan motif tertentu untuk melihat Azzuddin tercampak keluar daripada Wisma FAM.

Tidak seperti wakil media di meja am yang terkongkong dengan kekangan-kekangan akibat dasar-dasar syarikat, ruang seorang wartawan sukan untuk menulis cukup liberal.

Kebebasan ini sebenarnya satu ujian sejauh mana mereka menjalankan tugas dengan penuh hemah tanpa menyalah gunakan kuasa mata pena.

Penulis tidak dapat lari daripada tuduhan-tuduhan sebegini dahulu. Kadangkala dalam usaha menulis secara objektif, pihak yang ditegur tersinggung dan mempertikai agenda penulis.

Yang pasti, FAM tidak pernah kering story dan agenda. Penulis bertuah kerana berkesempatan membuat liputan empat Setiausaha Agung FAM bermula dengan era Datuk Paul Mony Samuel (1985-2000), Datuk Dell Akbar Khan Hyder Khan (2000-2005), Datuk Seri Dr. Ibrahim Saad (2005-2007) dan Datuk Azzuddin Ahmad (2007 hingga kini).

Mony, bekas guru yang berasal dari Kuala Ketil, Kedah, memiliki skil perhubungan awam yang hebat. Beliau terbuka kepada teguran biarpun daripada wartawan setahun jagung. Pengkritiknya pula menganggap Mony tidak mudah percaya anak buahnya dan memilih bulu dalam berkongsi maklumat dengan wartawan.

Dell Akbar, anak jati Kampung Baru, dianggap bersikap konfrontasi dengan wartawan. Maklumlah, beliau orang berpangkat besar dalam polis. Jika tidak cukup ilmu di dada dan tidak ada fakta untuk berhujah dengan Dell, baik berdiam diri. Bekas Ketua Polis Kuala Lumpur itu tidak suka berselindung dan tabiatnya berterus-terang. Ini kadangkala sukar diterima wartawan-wartawan yang sememangnya pandai mengkritik tetapi enggan dikritik.

Kata-kata seperti 'masalah you all ni, you all tak buat homework', kerap keluar daripada mulut Dell. Di kalangan kakitangan FAM, Dell disayangi kerana menitikberatkan kebajikan serta mengamalkan dasar pintu terbuka. Dell juga beruntung kerana didokong Datuk Yap Nyim Keong selaku penolongnya.

Apabila Dell dan Yap meletak jawatan pada awal 2005 atas dasar prinsip setelah mereka melihat barisan kepimpinan FAM tidak lagi menaruh kepercayaan kepada urus setia, persatuan tersebut menawarkan kerusi panas itu kepada orang ramai.

Antara yang ditemuduga termasuk bekas pemain kebangsaan, Rosli Hussein dan Noor Keifli Sulong, bekas pegawai Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Namun akhirnya yang mengisi kekosongan itu adalah seorang bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang. Selaku Naib Presiden FAM, Ibrahim menjadi anggota panel temu duga berkenaan.

Sultan Ahmad Shah melantik Ibrahim sebagai setiausaha agung, manakala Rosli dan Keifli dilantik selaku penolong.

Biarpun Ibrahim, Rosli dan Keifli berkongsi latar belakang akademik yang hampir sama kerana ketiga-tiganya bekas pensyarah, mereka tidak dapat menjalin kerjasama dan tidak sehaluan dalam banyak hal.

Sebagai ahli politik pertama menduduki kerusi itu, Ibrahim dianggap mempolitikkan kedudukannya. Beliau juga dilihat lebih percaya kepada pembantu peribadinya yang juga seorang politikus.

Akhirnya Rosli meletak jawatan manakala Keifli ditukarkan ke syarikat pemasaran FAM, MSL Sdn Bhd.

Sepanjang tempoh Ibrahim selaku Setiausaha Agung, FAM tidak sunyi daripada pelbagai isu. Sesetengahnya berbentuk peribadi. Pernah juga penulis bertanya kepada Ibrahim "kenapa Datuk Seri lantik seorang Datuk jadi pembantu peribadi?"

"Alah, bukan tinggi sangat pun gaji dia,… jawabnya ringkas.

Namun Ibrahim memiliki kelebihan PR juga. Sebagai seorang yang masak dengan politik di peringkat tertinggi, Ibrahim menelan kecaman biarpun pedih. Begitupun ada beberapa kali beliau meninggi suara dalam sidang akhbar.

Penulis mengimbas sejarah ini kerana pada hakikatnya, sesiapa sahaja yang menjadi setiausaha agung FAM harus berani dilambung ombak. Kerana kesediaan membuat rumah di tepi pantai, mereka berdepan risiko dihempas badai, dilambung ombak atau lebih parah, tenggelam dek tsunami.

Malangnya, kerap kali gelora yang datang ciptaan manusia dengan motif tertentu.






pengadil perlawanan tidak terlepas dari melakukan kesilapan

Hari ini, kesilapan pengadil sudah terlalu mudah dikesan kerana terlalu banyak kamera dipasang disekeliling padang.

Keadaan ini memaksa mereka tidak boleh lari daripada kenyataan.

Begitu pun, seperti mana yang selalu saya katakan bahawa semua orang melakukan kesilapan termasuk pemain dan pengadil.

Oleh itu saya fikir adalah lebih baik ditubuhkan satu panel untuk untuk menilai semula kesalahan kad kuning dan merah yang dikeluarkan.

Panel ini seharusnya di ketuai oleh bekas pemain, pengurus dan juga bekas pengadil.

Dengan cara ini, pemain yang sepatutnya tidak dilayangkan kad kuning boleh mengelak daripada digantung perlawanan atau terlepas perlawanan seterusnya.

Penggantungan adalah sesuatu yang sangat menyakitkan hati. Bukan setakat pasukan yang terjejas, peminat juga akan rasa tidak puas hati apabila pemain kesayangan mereka digantung.

Oleh itu, saya rasakan lebih elok panel diwujudkan bagi menilai semula kesilapan yang tidak seharusnya berlaku.



: steve mcmahon

: kosmo 27 september 2008





Thursday 26 May 2011

liga malaysia makin panas dengan isu rasuah

hari tu tokey kedai tulis doh pasal isu ni.. hok faizal jamal tulis di wall fb dio n the red warriors ..

tok ingat??? baco di SINI

hari ni.. hafizal hamad pulok ulas di fb dio...

so, kepada pembaca pembaca yang budiman...

hari tu tokey kedai terima mace mace mesej...

ni nok tengok, ggapo pulok ore reply ko tokey kedai pasal isu ni..


ada akal sendiri pikir laa...

Tuesday 24 May 2011

presiden kafa masih tak puas hati dengan kerajaan negeri kelantan



mengapa masih ada perasaan ingin menyamakan kerajaan negeri kelantan dengan kerajaan negeri lain dalam menentu hala tuju KAFA.. sedangkan tiap tiap tahun, KAFA berjaya mencari dana sendiri dan berdikari tanpa mengharapkan bantuan kerajaan negeri..

mengapa tan sri presiden kafa seolah olah tidak dapat menerima hakikat bahawa kerajaan negeri tidak mampu menyediakan dana untuk KAFA...

tidak kah tan sri presiden tahu dan maklum bahawa kerajaan negeri lebih menumpukan kepada pembangunan modal insan lain dari memberi peruntukan jutaan ringgit kepada KAFA...

sekiranya KAFA kekurangan dana.. mengapa tidak di bentangkan sahaja belanjawan dan penyata kira kira akaun KAFA kepada rakyat kelantan.. kerana tan sri presiden sendiri memaklumkan bahawa the red warriors hak milik rakyat kelantan.

adakah betul kerajaan kelantan tidak menyokong pasukan kelantan???

adakah tidak memberi bantuan keewangan di kategorikan dan ditafsirkan tidak menyokong dan tidak mendukung ???

di mana integriti beliau selaku presiden yang disegani.. bersifat seolah olah kebudak budakan.. mengadu domba untuk meraih perhatian...

tidak salah untuk berlaku jujur dan meluahkan isi hati.. jangan lah kerana cuba meraih simpati, timbul di dalam hati niat untuk memperli dan memperlekehkan kerajaan negeri...

adakah sekadar melantik wakil kerajaan negeri sebagai exco kafa sebagai boneka???

adakah tiada peranan yang dimainkan oleh exco tersebut ???

selaku presiden, sememangnya beliau berhak menyuarakan pendapat dan pandangan.. tetapi seolah olah memperlekehkan barisan ahli kongres kafa itu sendiri..

seolah olah hanya beliau seorang sahaja yang membuat kerja...

adakah tiada pihak yang sanggup menaja pasukan kelantan sekarang???

ke mana hilang nya tajaan berjuta juta dari penaja tempatan...

di mana peruntukan keewangan yang di salurkan oleh FAM ???



dan kalau anda semua perhatikan.. tan sri presiden semakin kerap memberi komen di facebook beliau .. mesti ada yang menyindir kerajaan negeri..







Sunday 22 May 2011

astro arena bergantung harap kepada web judi...











ado lagi ko agok agok ore tok kenal ASTRO???

kalu ado lagi gak, tok tau la nok oyak guano..

amat memalukan bila mana astro yang menjadi penaja utama Liga Super Malaysia dengan belanjawan 30 juta setahun tersilap memberi info membabitkan perlawanan liga super antara Harimau Muda A menentang Kelantan di stadium shah alam

wartawan melaporkan harimau muda tewas 2-3 kepada kelantan .. apakah mereka yang melaporkan berita ini tidak 'alert' dengan perlawanan liga tempatan?? atau mereka sekadar bergantung kepada laman laman web judi yang menunjukkan kesemua keputusan perlawanan..

alangkah memalukan mereka juga memaparkan gambar yang di edit secara cut n paste dari laman web judi dan di paparkan nama group facebook mereka. kah kah kah... betol betol memalukan..







Saturday 21 May 2011

KAFA mengorak langkah awal menghadapi 2012............



dengan saingan liga masih berbaki 7 perlawanan, dan belum pon kempen piala fa tamat... KAFA sudah memulakan langkah mencari pemain 'import' untuk kempen musim 2012...

seakan akan telah menyedari mereka akan mengecap kejayaan selaku juara piala fa ataupon juara liga 2011.. melalui usaha tan sri presiden , beberapa nama besar luar negara dan tempatan sudah di senarai pendek oleh pihak KAFA..

dan sebagaimana di maklumkan oleh tan sri presiden melalui ruangan facebooknya, hanya 18 pemain kelantan musim ini akan kekal beraksi di kelantan untuk menghadapi musim 2012 yang di jangka lebih mencabar..

namun sekiranya pemain paling bernilai musim 2010 , nor shahrul idlan talaha a.k.a mat yo dan pemain muda paling berbakat 2010 , Khairul fahmi che mat a.k.a apek memilih untuk beraksi di liga luar negara.. kelantan mungkin menghadapi tugas getir untuk mencari penyerang dan penjaga gawang yang berkaliber..

di khabarkan juga, bekas pemain kelantan yang berhijrah ke pasukan t-team, nor farhan akan kembali menyarung jersy kelantan untuk musim 2012.

dengan beberapa pemain di jangka di lepaskan, beberapa nama seperti wan rohaimi dan khairan eroza mungkin perlu bekerja keras untuk mempastikan mereka kekal di dalam skuad untuk musim hadapan.. begitu juga dengan pemain muda berbakat, zul yusri dan nizab ayub.. persembahan yang tidak konsisten dipamerkan amat memudahkan nama mereka digugurkann.

beberapa nama dari skuad presiden telah di senarai pendek oleh zahasmi untuk diserapkan ke dalam skuad utama , yang nyata, izuan solahudin sudah boleh menarik nafas lega dan menikmati gaji penuh selaku pemain utama untuk skuad liga super musim depan..

sekiranya berpeluang untuk mengecap kejuaraan piala FA, seharusnya kelantan layak bercita cita besar untuk beraksi dlam kejohanan AFC dan seharusnya KAFA memperkasakan pasukan mereka seawal mungkin..

semoga tiket percuma untuk beraksi di kejohanan tersebut dapat di gengam oleh pasukan kelantan dengan menjuarai piala FA..............



:: al - Fatihah dan Salam Takziah ::



kepada semua yang terlibat dengan insiden tanah runtuh di

Rumah Anak Yatim Semungkis,Bt 13 Hulu Langat.

pihak kami di

http://www.kedaikopidotkom.blogspot.com

mengucapkan salam takziah kepada seluruh keluarga


mangsa yang terlibat dan terima kasih kepada kepada

semua yang terlibat dalam operasi mencari dan

menyelamat..

Wednesday 18 May 2011

kerajaan negeri nok buat stadium baru, tapi....????




alhamdulillah, sejuk hati n raso banggo penuh syukur tengok berito tv3 male takdi..

buke ggapo... kerajaan negeri umum nok buat stadium baru di bukit merbau pasir puteh.. stadium berkapasiti pak puluh ribu tepat duduk.. kemah keming la skali ni.. stadium pon kerajaan setuju dos nok bui namo stadium red warriors, pah nok genamo lagi.. abih serato ceruk kapong doh tu masuk berito pasal ni.. insyaALLAH, jjadi la kali ni nok buat stadium baru weiiiiiiiiiiiiiiii..


tapi gak, ambo raso terkilan sungguh dengan statement hok tubik di facebook tan sri nuar muso.. ni ambo kopi paste tepek dale ni, pakat baco la kalu hok tok ajing baco tu.. dan biar tokey kedai ulas so so ,

statement pertama :

Alhamdulillah,sekali lagi kedengaran berita KERAJAAN NAK BINA STDIUM,tapi kali ini TIDAK LAGI DI BANDAR BARU TUNJUNG spt pernah di war warkan tapi tiba tiba DI PASIR PUTEH...DI TANAH KJAAN..tak kisahlah dimana ASAL KJAAN BINA STADIUM BARU YG LEBIH BESAR..semoga jadi realiti tidak spt pengumuman JAMBATAN PALEKBANG,komplek sukan LEMBAH SIREH,STADIUM TUNJUNG DLL sebelum ini YG TAK TERLAKSANA....
>>> bagi tokey kedai isu ni buke masalah besar pom, jjuruh molek posting ni dop??? meme kemah la kalu baco, napok supo presiden kafa setuju jah nga pengumuman ni.. tapi dio spelek kok retok palekbang, kompleks sukan lembah sireh, stradium tunjung dll hok belum dilaksanakan.. kah kah kah.. suko dulu mmeta,

projek scoreboard stadium dio dop jawab.. kato peruntukan lulus dos.. doh kalu nok ccaro ko bola gak.. benok supo kkabur nyior jugok kade kade presiden kafa nih.. tapi dio cerdik.. panda puta la kok mano pon.. ore politik kam..



statement kedua :

Saya nak berterus terang.sy terkejut ..bulan lepas sy dan exco,arkitek jkr dan ahli lembaga stadium mrat tak dak cerita ni..2 minggu lepas sy dan tmb meeting dgn jkr hal stadium juga tak Timbul.minggu lalu SS britau ktan tak dok budget..2 mlm lepas sy dan MB di tanya olih DYTM TM hal ni,MB DIAM...TIBA TIBA TUBIK PENGUMUMAN MENDADAK..????!?!?setahu saya PEMBINAAN Stadium perlu prancangan rapi

>>>>> hok ni tokey kedai sero tok sedap hati slalu.. statement pertama dio semace setuju nga kerajaan negeri.. tubik statement kedua ni.. jeng slalu.. napok doh dio nok kona.. presiden oyak, dio meeting nga exco , arkitek jkr, dan ahli lembaga stadium.. dio tok oyak penuh.. nga exco mano dio bice, exco kafa ko exco kerajaan negeri.. pah kalu lembaga stadium nga arkitek jkr pon.. demo tu mano ado kuasa eksekutif nok menentukan hal hal pentadbiran n kuasa mb..

takdok perancangan rapi guano.. mugo kerajaan negeri wak planning doh dale bandar baru tunjung.. tapi doh tok jadi wak ssitu.. uboh lokasi jah.. buat di bukit merbau skali denga bandar baru.. supo tunjung..

skali lagi napok alasan kure cerdik alik presiden kafa.... kalu ore cerdik dio tok oyak ggitu.. dio pon ngaji bab perancang bandar di utm johor.. bokali jak jadi ore politik ni, tok ingat abih bokali ggapo hok dio ngaji dulu.. kah kah kah.. jeng koil



statement ketiga :


Utk makluman spt sy sembah pd DYTM TENGKU MAHKOTA sewaktu di stadium(turut di dengar oleh YAB TGNA)bahawa Ada 2 cadangan sdg di usahakan..PERTAMA;di gading galoh KEDUA:di tunjung..kedua duanya atas tanah yg sudah tersedia dan dlm pengetahuan PIHAK "TERTINGGI"..Pengumuman hari ini sudah tentu membantut kedua dua usaha ini Dan saya bingung bila di hubungi mereka hari ini..


>>> napok sangat, sini tau doh ado agenda tersembunyi.. kah kah kah.. pengetahuan pihak tertinggi.. sapo pihak tertinggi.. kerajaan pusat ko kerajaan negeri.. setau ambo hok tok ngaji undang undang ni, kuasa bidang tanah terletak dale kuasa kerajaan negeri.. ikut kerajaannegeri la nok wak stadium mmano pong.. nok latik sapo pong.. melalui tender terbuka, dale press konferens takdi pong, nik aziz oyak doh.. kerajaan negeri mengalu alukan sesiapa sahaja yang berminat untuk membuat menjadi pemaju.. sila kemukakan proposal . .

kah kah kah,. statement tu tokey raso laa.. napok sangat tan sri presiden kafa nok guno pengaruh dio, nok buleh ko stadium tu atah dasar kerajaan pusat.. bilo melalui kerajaan pusat, pehe pehe sendiri las.. komisen masuk poket berapo banyok tuh.. silap haribulan, buleh bayar cash bugati veyron sbutir.. kemah keming.. kah kah kah...




kepada hok mano ssero n tok leh terima hasil tulisan ambo ni.. ambo mitok maah.. buke nok sindir sapo sapo.. cuma luahan ambo jah. bele bele minum kopi cap badak hok di bancuh nga air halia muda.. kemah keming..


pikir pikir la etep, sapa bilo nok maju ggini.. kato nok sehati sejiwa dale membangunkan sukan bolasepak negeri.. bila kerajaan negeri oyak ggini, presiden kafa kona kokni.. kerajaan negeri oyak nok wak stadium, dio takwill kok lain.. acu ejah duduk semeja.. buat statement bersama sama..

demi masa depan anok anok ambo jugok.. ambo meraso dos dok dale stadium sultan muhammad ke IV, kalu umur panje, buleh raso dok stadium baru.. lok ko generasi mudo pulok mmenuh stadium hok berkapasiti 40000 tepak duduk tu..


===========================================


tunggu kenyataan balas kerajaan negeri dale harakah belako.. jange ccayo ko akhbar kerajaan barisan nasional..