Saturday 9 July 2011

Siapa Sebenarnya Pencatur Strategi The Red Warriors

umum mengetahui bahawa kelantan atau lebih di kenali dengan gelaran RED WARRIORS mempunyai barisan jurulatih yang dikatakan berkaliber...


B SATHIANATHAN

Datuk M Karathu
 

dan di bantu oleh mereka ini

Hashim Mustapha

Sideek Samsudin




adakah betul mereka ini yang menggalas tanggung jawab sebagai barisan jurulatih kelantan??

ini kerana ada yang menyampaikan kepada tokey kedai bahawa mereka ini cuma pelengkap sahaja.
sekadar membariskan nama besar untuk mengelabui peranan sebenar beliau...
ada juga sumber mengatakan mereka ini tidak lebih sekadar boneka... digunakan apabila perlu sahaja...
" dibuang sayang, ada di simpan "


SIAPAKAH SEBENARNYA BELIAU

JURULATIH SEBENAR KELANTAN ??


SAMA SAMA KITA TUNGGU PENDEDAHAN EKSLUSIF
 

Wednesday 6 July 2011

matyo kempunan kasut emas



walaupon menghadiahkan kemenangan kepada kelantan dengan menjaringkan dua gol..


mat yo pulang dari likas dengan perasaan hampa apabila hasratnya untuk meraih anugerah pemenang kasut emas tidak kesampaian untuk tahun ini, 


kejayaan itu di raih oleh rakan penyerang skuad kebangsaan dari terengganu, abdul hadi yahya.. yang menjaringkan 4 gol ketika menewaskan felda united.


apa apa pon, di harap.. mat yo terus menjaringkan goal untuk masa masa depan..


umur anda masih muda.. 


masih ada banyak masa untuk memusnahkan rekod legenda kelantan, hashim mustapha..

kelantan juara liga super 2011


tahniah 
tahniah
tahniah


sejarah bolasepak malaysia sekali lagi tercipta, dan lebih manis lagi melibatkan pasukan kelantan..

untuk rekod, semenjak menceburi kancah liga profesional, kelantan fa tidak pernah menjuarai sebarang kejuaraan utama liga.. tetapi tahun 2011 memberi makna yang betul betul membahagiakan buat seluruh penyokong setia kelantan fa.

langkah kanan bergaya di permulaan liga dengan membenam ego selangor di shah alam, menghadiahkan piala sumbangsih,

namun perjalanan penuh ranjau untuk merebut kejuaraan piala fa terbantut apabila tewas di tangan jiran, terengganu..

walaupon begitu.. keyakinan tetap diteruskan untuk meraih kejuaraan liga.. dan ia merupakan tiket untuk beraksi di pentas lebih tinggi prestij nya di peringkat asia.. kejuaran afc..  bersaing dengan pasukan pok penyu.

apapon, kenangan dan sejarah yang tercipta ini tidak akan dilupakan bagi peminat dan pengikut sejati the red warriors..

semoga kejayaan hari ini akan berkekalan untuk mempertahankan kejuaraan piala malaysia dan mengakhiri kejayaan 2011 dengan lebih gah..



Sunday 3 July 2011

anak muda dalam politik..??

hahahha.. nok ssuko raso .. meme ramai laa anok mudo lo ni. kalu sebut PAS.. tepuk tange ssorok abih reng..

sebut UMNO atau BN.. pakak jebeh tonye belako..


kah kah kah..

kepada anda semua yang dikatakan berminat dengan politik.. usahlah berbicara tentang politik sekiranya sejarah politik negara pon anda tidak tahu..

kepada yang menyokong PAS, .. sila kaji sejarah penubuhan PAS...

begitu juga kepada penyokong UMNO.. kajilah juga sejarah penubuhan UMNO LAMA dan UMNO BARU..

kelak, bila seseorang bertanyakan anda.. anda semua mampu menjawab persoalan mereka..

bukan sekadar menjadi pak turut...

Saturday 2 July 2011

maruah president KAFA di calar oleh Perdana Menteri


salam kepada seluruh penyokong TRW..

saya dengan ini mengucapkan simpati kepada tan sri annuar musa di atas insiden yang berlaku di machang petang 2 julai 2011.

bagi tokey kedai, ini sungguh memalukan.. dengan usaha penat jerih tan sri annuar musa merangka strategi untuk mendapatkan dana kerajaan pusat dalam isu pembinaan stadium bolasepak... tan sri di beri kejutan oleh perdana menteri dengan bersahaja..

" stadium akan diberikan sekiranya kerajaan kelantan sekarang ini tumbang dan bertukar tangan kepada barisan nasional " ...

sungguh amat memalukan..

tidak dapat d bayangkan perasaan tan sri semasa kejadian.. walaubagaimanapon, tokey kedai dapat rasakan, tan sri hanya dapat mengangguk kepala tanda setuju.. walaupon dalam hati begitu remuk redam perasaan.. dipermainkan oleh perdana menteri di depan pegawai pegawai kafa, pemain pemain trw, dan ribuan penyokong yang hadir untuk menyaksikan peristiwa bersejarah tersebut..


kepada pembaca yang budiman, sekiranya anda berada di tempat tan sri annuar musa., apa perasaan anda ketika itu??

di harap selepas ini, usahlah lagi tan sri annuar musa membangkitkan isu pembinaan stadium bolasepak sendiri, duduk dan bawalah kembali isu tersebut kepada kerajaan negeri.. berbincanglah sesama kita untuk kepentingan bersama.. mungkin di situ nanti apa yang tan sri mahukan akan tercapai.. pengurusan under kafa, biar kafa yang uruskan.. tak perlu lah nak sindir menyindir lagi.. kerana tan sri sendiri telah di sindir secara terbuka oleh perdana menteri...


walau apa pon, terima kasih kepada perdana menteri kerana sudah memberikan peruntukan sebanyak rm6 juta untuk tiga tahun kepada KAFA...

" Alhamdilillah...majlis Trw bersama YAB pm dan peresmian

AKADEMI REDWARRIORS selamat di sempurnakan..

Kita bersyukur sebuah NGO saperti KAFA diberi penghargaan

sedemikian rupa olih pucuk pimpinan..

Bantuan Dari PM dtg tepat pd saat kita perlu buat persiapan

MUSIM 2012 YG MENCABAR....

Perhimpunan juga amat BERJAYA..

TERHARU MELIHAT SET KITA!! " -- status terbaru tsam.