Monday, 16 May 2011

penyokong kelate buke tok bertamadun, tapi......??


INI BUKAN ENTRY SYOK SENDIRI


mari raso nok nnulih pete hari ggini, situasi semale n ggapo hok berlaku dale stadium smale amat mendukacitakan.. bukenok kato huduh ko penyokong kelate.. kalu ambo tok tulih, ore lain pon ake tulih jugok SEBAB APA BERLAKU SEMALAM DILIHAT RATUSAN RIBU ORE LAIN DI LUAR STADIUM..

antara benda2 hok berlaku di stadium smale ::

1. masih berkibar bendera parti politik
tidak saloh nok tunjuk kito sokong ko perjuangan PAS, tapi Tok Guru sendiri lare dos perbuate tu... adolagi hok jenih tolol tok dengar kato tok guru.. pah kato tok guru tu idola, tapi nasihat idola tok sir dengar pulok, heran bin ajaib kawe raso.

2. bergendang terpekik bersorak ketika azan bergema

tidak di nafikan waktu azan maghrib suma penuh khusyuk dok dengar laungan azan, tapi tidak ramai yang menghormati penyokong penyokong hok dok tengoh solat.. doh tau waktu maghrib pihak stadium sediakan tempat solat dale stadium.. alhamdulillah, ramai jugok hok berjemaah dale stadium.. tidak salah untuk penyokong hok lain tu dok diam, jange dok bergende, jange dok tiup ssuna.. badi tegur samo kito.. smale pon ambo ado tegur sekumpulan remaja.. alhamdulillah demo tu dengar kato... tapi mulo mulo tu jjawab jugok.. tapi, dukacita ngan geng ultras kelate, tempat solat betol betol di lokasi mereka, ore dok sibuk nok solat, puok dio sibuk nok pase banner...

tiba msuk wktu iso, tok ramai hok sedar pasal dok ralik gende n tengok pemain dok warm up .. hok mano dengar tu dengar laa.. dok diam.. tapi yang ini sebenarnya, tanggungjawab lebih besar kepada perbadanan stadium, perlu di umumkan waktu azan iso .. dan suruh penyokong dok diam... ni tidok, dok ralik umum progrem progrem lain.. nok bui jersey la ggapo laa.. harap pihak kafa buleh membuat sesuatu..

3. dok mekong samo penyokong

peel huduh ni mari mmano tok tau la, kalu kito keno pekong guano raso.. ore lain mari stadium pon bayar belako, buke masuk free, dok pekong ore hok lalu alik bowoh tu .. lebih lebih lagi kalu ore ttino hok lalu.. acu pikir gak etek.. biar la demo tu pon mmaka supo bbalut nako.. nabi oyak doh kam.. time ppere pon tokleh kuca ore ttino nga anok kecek.. jenih jahil tukil sungguh.. jange ko hok makai supo tu.. hok pakai comel pon keno pekong jugok.. berat berdooh doh penyokong kelate nih.. ambo berdoa biar cacat belako tange tange hok mmekong tuh.. amin..



cukuplah tigo ni dulu ambo bui hari ni, malah nok tulih banyok banyok, nati ore maroh ko ambo.. dop pasal pasal keno supoh...



pikir la awok awok kito.. semale tu sapo hok mari tengok bola skali.. tuanku tengku mahkota n tok guru kito.. ya dok tunjuk peel huduh depe tengku mahkota nga tok guru tu bakpo.. SEDANGKAN DI STADIUM SULTAN MUHAMMAD KE-IV BULEH WAK GGITU.. LAGI LA DI STADIUM LAIN.. BERUBAHLAH KITA SEMUA JIKA INGIN DIANGKAT SEBAGAI PENYOKONG TERBAIK..


KEPADA SESIAPA YANG TERSINGGUNG DENGAN STATEMENT INI DAN RASA MALU APABILA MEMBACANYA.. UNTUK MAKLUMAN, SAYA PON PIKIR PAT LIMO KALI NOK TULIH.. TAPI TERPAKSA TULIH.. DEMI MARUAH NEGERI KELANTAN TERCINTA.



>>>> SILA TINGGALKAN KOMEN JIKA INGIN MENAMBAH PERISA <<<<


kelate maju ke final piala FA



perlawanan yang dijangkakan sengit berlangsung dengan suasana hambar di kota bharu, selangor seakan akan merelakan kelantan melangkah ke pentas final piala fa untuk kali ke dua dalam tempoh tiga tahun.

bersesak masuk ke dalam stadium sultan muhammad ke-IV bersama sama puluhan ribu penyokong tegar kelantan, tercetus semangat dan aura ingin melihat permainan yang cantik dari kedua dua belah pihak, namun HAMPA....

kedua dua pasukan di lihat seakan akan tiada semangat untuk memberi kepuasan kepada penyokong yang sanggup datang beratus kilometer ke kota bharu. bagi rakan penyokong yang lain, sekiranya tidak setuju dengan entry ini, saya sedikitpon tidak ralat. kerana ini adalah pendapat saya sendiri melalui pemerhatian ketika dalam stadium.

saya masih lagi tidak dapat menerima keputusan kekalahan memalukan pasukan selangor di shah alam, dan di tambah lagi dengan keputusan seri pada malam tadi....

kelantan mempunyai banyak peluang untuk menjaringkan gol, namun di sia siakan oleh penyerang muda berbakat, ramzul zahini a.k.a rojo , sekurang kurangnya tida kali percubaan beliau tersasar .. begitu juga dengan chanturu..

namun, stadium keramat kebanggaan seluruh penduduk kelantan akhirnya bergema dengan laungan GOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOALLLLL hasil tendangan bebas dari jarak 3o meter (lebih kurang, takdop maso n tali tape nok gi ukur) SHAKIR yang menewaskan penjaga gol selangor yang terselindung oleh barisan pemain selangor sendiri.

corak permainan yang amat berbeza dengan apa yang dilihat ketika perlawanan di shah alam.. pemain kelantan rata rata terlalu mengharapkan seorang lagi bakal pemain malaysia, izuan solahudin untuk membuat gerakan, di samping khalid jamlus yang bermain dengan cemerlang malam ini, walaupon sedikit slow dalam mengejar bola, beliau mempamerkan peningkatan berbanding perlawanan lepas lepas..

di barisan pemain selangot, amri yahya kerap berada dalam kedudukan offside, entah apa yang dilakukan oleh beliau, seringkali terperangkap dalam kedudukan tersebut,, nak kata player kelantan cemerlang,. seringkali juga pertahanan dikucar kacirkan oleh kecik.. tok pade nga kecik, ingat harimau muda jah ado kecik, selangor pon ado jugok.. hehehe

sehinggalah jaringan oleh pemain bernombor 9, maah la tok ingat namo.. malah nok search google.. ingat nombor mujur.. jaringan tersebut membuatkan penyokong kelantan terus menjadi penonton.. at least geng ULTRASEL buleh tengok apek bolos depe mato.. sebab mereka berada di belake goal sebelah Ultras Kelate.. buleh la wak modal kelik selangor..


semangat ULTRASEL ni keno ikut.. walaupon minoriti, tetap berchanting n bergendang di zon selamat mereka.. walaupon dok napok keno juoh ko penyokong kelate.. mace team penyokong arema, sanggup terbang ko jepun time lawe cerezo osaka.

apa pon, sekalung tahniah kepada shakir shaari kerana dipilih selaku pemain terbaik perlawanan.. k rajagobal perlu memilih beliau bermain untuk skuad senior haraimau malaya... super coolest player dale pasukan kelantan..

tahniah untuk kelate dan terima kasih kepada selangor ..

finale di sah alam, 11 june 2011,

Final Piala FA 2011 : rm30 ???



walaupon perlawanan akhir piala FA 2011 masih jauh, namun desas desus sudah tersebar mengatakan harga tiket untuk final ini berharga rm30 untuk terbuka.

sekiranya kelantan layak ke final , harga tersebut pasti melambung sehingga dua kali ganda sebagaimana perlawanan akhir piala malaysia 2010.

ulat ulat tiket pasti sehabis mungkin akan berusaha untuk mengaut keuntungan berkali ganda..

begitu juga dengan pengusaha - pengusaha bas persiaran.. harga perjalanan pergi balik ke dari pantai timur ke shah alam pasti meningkat ..

di harap penyokong kedua dua pasukan yang berjaya ke pentas final merancang perjalanan dari awal, kalau dari kelantan, keretapi bukan pilihan sekiranya venue perlawanan akhir di shah alam.

begitu juga penyokong dari pahang atau terengganu.

sekiranya kedua dua pasukan dari pantai timur bertembung, sekali lagi lebuh raya karak menjadi saksi pertembungan para penyokong..

di harap pihak lebuhraya berkenaan mengambil inisiatif segera untuk mengelakkan tragedi kesesakan teruk ketika musim perayaan dahulu berulang.

pengguna di nasihatkan mengisi minyak sepenuh mungkin sebelum memasuki lebuhraya, dari bentong, karak..







Saturday, 14 May 2011

berhati hati lah anda semua di luar sana








walaupon ambo tok pehe bahasa cino, tapi melalui video ni ambo buleh pehe ggapo mesej hok dio nok sampaikan.

KEPADA ANDA YANG BERADA DI LUAR SANA, SENTIASALAH BERHATI-HATI SETIAP MASA, SENTIASA BERWASPADA DENGAN KEADAAN SEKELILING.

PESANAN DAN KHIDMAT SOSIAL DARI

WWW.KEDAIKOPIDOTKOM.BLOGSPOT.COM




Friday, 13 May 2011

gaji beribu pon tok genap lagi ko demo ni...??





" Mungkin Dato' Hamidin boleh luah kan apa hint hint yang dibisik2 kat aku dan @mohd fadzrie haziz masa lunch lepas meeting utk hari keluarga FAM khamis semalam...please la 5-1 is so ridiculous! inlogical! perkara ni dah kembali menjadi parasit yang dalam diam merobek hati peminat-peminat bolasepak tanahair... please dato' u must do something " itulah yang diluahkan oleh FAISAL JAMAL dalam group facebook THE RED WARRIORS semalam.


siapa tak kenal faisal jamal, sah sah dia bukan peminat sejati sukan di malaysia..
beliau merupakan setiausaha agung SAM, badan gabungan penulis penulis sukan di malaysia..
ini bukan tipu tau.. tak percaya boleh lihat disini... PERSATUAN PENULIS PENULIS SUKAN MALAYSIA


berdasarkan apa yang diluahkan oleh beliau, tidak salah untuk membuat tafsiran bahawa malaysia sekali lagi di landa gejala rasuah bola sepak atau lebih tepat lagi.. mengatur perlawanan..

memang tidak di nafikan, sesiapa yang melihat dengan mata hati pon dapat mengenali danmengetahui sejauh mana permainan selangor.. kali ni tokey kedai sependapat dengan beliau.. perlawanan yang tidak masuk akal.. selangor di lihat semacam tidak mahu n tidak berminat untuk melawan..

mustahil bai, berapa ramai nama nama besar dalam kesebelasan utama selangor di panggil untuk skuad kebangsaan,, sapik rahim, asrarudin, amri yahya, hardi jakpa, . wei.. demo tu buke sebarenge pemain tuh.. bakpo smale jjadi main kiya molek.. nok bbola pon toksir..

okey.. berbalik kepada luahan faisal jamal tu, nampak dia lebih mengetahui isu tersebut kerana beliau sendiri yang bersembang denga dato' midin.. tokey kedai dok leh nok bui komen lebih lebih... nanti jatuh jadi bendo lain pulok.. dop pasal pasal keno saman.. doh la kedai hidup segan mati tak mau. ... hehhehehe..

-------------------------------------------------------------

sebelum itu, kekalahan besar kelantan kepada perak turut dikatakan dicemari oleh unsur unsur tidak sihat itu.. mungkin secara kebetulan, selepas sahaja mengalahkan kelantan, pasukan perak terus dirudum kecelakaan dan prestasi tidak menentu pasukan sehinggakan penyokong mereka sendiri menuduh pasukan telah menjual permainan.. perkara tersebut lantas di jawab oleh Presiden PAFA sendiri melalui sesi temuramah dan boleh di baca di PERAKNEWS.COM

ditambah pula dengan kehadiran pegawai anti rasuah dari FIFA, menunjukkan bahawa perkara ini tidak lagi menjadi bualan di dalam negara sahaja.. bahkan ia telah jauh ke telinga dan mata badan agung persukutuan bola sepak dunia..

apa yang boleh diharapkan.. usahlah mereka yang gilakan kuasa dan duit ini di beri peluang untuk terus berkuasa dalam tampuk kepimpinan bolasepak malaysia.. bola kita baru nak maju.. janga dikembalikan ke zaman gelap semasa liga semi pro dulu..

nati tokey kedai nok ajok faisal jamal berdiskusi pasal ni.. mungkin dio buleh cerito detail sikit..
insyaALLAH..